Kolaborasi Starbucks bersama pereka fesyen atau mereka yang arif di dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini starbucks telahpun berkolaborasi bersama Anna Sui, Vivienne Tam, Paul & Joe, and Alice + Olivia

Pada kali ini, Starbucks Malaysia telah memilih untuk berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi. Menariknya, konsep yang dipilih untuk digayakan pada tumblr dan mug Starbucks adalah Flora dan Fiona.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak beberapa hasil seni telah dihasilkan antara melibatkan hidupan seperti harimau, penyu dan burung kenyalang. Difahamkan tiga haiwan yang dipilih ini sangat sinonim dan ikonik buat Malaysia. Berikut merupakan koleksi tumblr dan mug yang hasil kolaborasi Starbucks Malaysia x Rico Rinaldi.

30142939-Untitleddesign282229

30142939-Untitleddesign281729

Buat anda yang berminat untuk menunjukkan kecintaan anda kepada Malaysia serta merupakan peminat Stabucks, anda boleh mendapatkan mug edisi terhad ini dengan harga RM150 sebuah manakala tumbler pula ditawarkan pada harga RM168 sebuah. Koleksi edisi terhad ini bakal mula ditawarkan pada hari ini iaitu 31 Ogos diseluruh cawangan Starbucks seluruh negara.