Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi membuatkan anda tersenyum walaupun terpaksa melalui fasa ini semula, Starbucks Malaysia ada tawaran istimewa untuk anda.

Kini, Starbucks Malaysia menawarkan diskaun 50% untuk minuman kedua dengan mana-mana pembelian minuman handcrafted. Promosi ini akan berlangsung pada 14 sehingga 27 Oktober 2020.

Akan tetapi, promosi ini hanya sah pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Malangnya, promosi ini tidak sah untuk perkhidmatan penghantaran dan anda perlu beli di cawangan Starbucks terdekat.

Promosi ini boleh ditebus di semua cawangan Starbucks di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah kecuali di Sunway Lagoon, Genting Highlands, KLIA dan KLIA2. Tunggu apa lagi?

Sementara itu, kami ingin kongsi artikel yang sedang trending di The Vocket pada pautan di bawah.

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19

Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis