Akhirnya saat-saat yang dinantikan ramai orang, Starbucks Malaysia kini tawarkan kembali promosi hebat ‘beli 1 percuma 1’ untuk anda hari ini, 11 November 2022.

Bagi anda yang tidak mahu terlepas peluang ini, promosi ini akan berlansung sepanjang hari ini dan promosi ini boleh ditebus apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad Starbucks ataupun dengan aplikasi Starbucks Mobile.

Baca Juga:

Promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks Malaysia kecuali di Sunway Lagoon. Tidak perlu gosok mata anda, memang betul apa yang anda baca.

Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minuman handcrafted dalam menu dan diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Tunggu apa lagi? Jom serbu cawangan Starbucks terdekat anda.