Berita gembira untuk peminat Starbucks kerana petang nanti, Starbucks Malaysia menawarkan promosi beli 1 minuman Frappucino, dan minuman kedua Frappucino anda hanya berharga RM1 sahaja.

Promosi ini akan berlangsung hari ini sahaja, 26 Julai 2019 bermula dari jam 5 petang hingga 8 malam dan tersedia di cawangan Starbucks Malaysia kecuali di cawangan Sunway Lagoon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana anda boleh menebus promosi ini? Mudah sahaja. Anda hanya perlu membeli mana-mana minuman Frappucino kegemaran anda dan kemudiannya beli Frappucino kedua anda dengan harga RM1. Saiz untuk cawan kedua adalah bersaiz grande. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati minuman kegemaran anda.