Jika anda sedang berada di Jepun, anda mungkin dapat mencuba frappucino edisi khas oleh Starbucks Japan ini. Bersempena sambutan Halloween di Jepun, Starbucks Japan mengilhamkan frappucino ini yang hanya boleh didapati di sana.

Starbucks Japan juga tidak membuat sebarang iklan tentang minuman ini dan menamakannya Halloween Mystery Frappuccino. Rasanya pula? Frappucino dengan perisa caramel yang dituang dengan sos cokelat yang manis.

Namun frappucino edisi khas ini hanya boleh boleh dibeli sehingga 31 October ini sahaja dan dijual pada harga ¥540 (lebih kurang RM20).Kalau anda sedang berada di Jepun ketika ini, bolehlah cuba Halloween Mystery Frappuccino ini.