Starbucks merupakan antara jenama kopi yang digemari ramai hampir di seluruh dunia. Adakah anda sudah mencuba minuman unik ‘pumpkin spice latte‘ sebelum ini?

Terbaharu, Starbucks perkenalkan semula minuman kegemaran ramai iaitu Peppermint Mocha dan Toffee Crunch. Malah, minuman baharu turut diperkenalkan iaitu French Vanilla Latte.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Minuman-minuman tersebut telah mula dijual di pasaran tempatan pada 5 November 2019 yang lalu. Jika anda belum mencubanya, anda patut mencubanya kerana minuman ini hanya akan berada di pasaran dalam masa terhad.

Disebabkan tahun 2019 ini hampir menutupkan tirainya, Starbucks juga hadir dengan planner 2020 edisi terhad. Bagi kami, planner kali ini cukup istimewa kerana tampil dengan 3 pilihan warna, merah jambu, biru dan hitam yang didatangkan khas dengan beg untuk planner anda.

Anda boleh dapatkan planner tersebut dengan harga RM188 sahaja atau boleh tebus dengan pembelian 15 minuman bersaiz grande atau ventiĀ dan 5 minuman haruslah daripada minuman sempena Starbucks Holiday.

Pastikan anda mencuba minuman baharu daripada Starbucks ini, jangan nanti sudah tiada baru mahu mencuba. Mana satu perisa yang anda ingin cuba?

Adakah anda peminat tudung jenama Neelofar? Tahukah anda bahawa sebelum ini Starbucks pernah berkolaborasi bersama Neelofar?

Starbucks Malaysia Lancar Koleksi Selendang Edisi Khas Bersama Naelofar

Starbucks Malaysia Perkenalkan Pewangi Kereta Edisi Terhad

Starbucks Perkenalkan Semula Minuman Unik ‘Pumpkin Spice Latte’