Setelah lama berteka-teki, Starbucks kini perkenalkan semula minuman ikonik mereka, Pumpkin Spice Latte atau PSL bagi peminat setia minuman khas ini.

Pasti ada daripada anda yang tertanya-tanya, apa itu Pumpkin Spice? Untuk pengetahuan anda, pumpkin spice adalah rempah labu yang selalu digunakan untuk membuat pie labu.

Kami telah mencuba sendiri minuman ini di Starbucks terdekat sehari awal sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober 2019, hari ini. Bagi kami, gabungan rasa pumpkin spice dan latte sangat bersesuaian. Aroma kopi latte yang dicampur dengan pumpkin spice pasti akan membangkitkan selera anda dan anda akan berasa segar setelah menikmatinya.

Bucks 1

Bucks 5

Rugi jika anda tidak mencuba minuman yang boleh dikatakan legend 16 tahun lalu dan ia hanya akan tersedia dalam masa terhad. Harga untuk minuman ini bermula daripada RM18.55 dan ke atas serta boleh dinikmati panas, sejuk atau blended.

Secara personal, kami lebih gemar minuman terbaru ini diminum panas kerana rasanya lebih menyerlah berbanding ia ditambah ais atau Frappuccino.

Selain itu, Starbucks juga tampil dengan beberapa merchandise seperti cawan bercorak kucing, cawan bercorak labu dan sebagainya yang berharga bermula daripada RM68. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Screenshot 2019-10-14 at 3.34.15 PM

Screenshot 2019-10-14 at 3.33.51 PM

Di bawah kami senaraikan beberapa artikel berkaitan Starbucks. Klik pautan untuk ketahui lebih lanjut.

Nestle Berkolaborasi Dengan Starbucks Perkenalkan ‘Starbucks at Home’ Di Malaysia

Starbucks Malaysia Perkenalkan Pewangi Kereta Edisi Terhad

Starbucks Malaysia Lancar Koleksi Selendang Edisi Khas Bersama Naelofar