Pengguna bakal menanggung kesan inflasi apabila rangkaian restoran yang bertapak dari Amerika Syarikat, Starbucks merancang untuk menaikkan harga produk keluaran mereka, lapor media antarabangsa, lapor CNN.

Pada Oktober lalu, para pelanggan Starbucks terpaksa menerima kenaikan sehingga 8% ditengah-tengah laporan Indeks Harga Pengguna – pengukur inflasi – dengan kenaikan harga barang mencecah 5.8%.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenaikan ini merupakan kali ketiga dalam tempoh yang singkat, menurut CBSNews. Kos secawan kopi keluaran Starbucks direkodkan meningkat sejak Oktober tahun lalu, bulan lalu dan tahun ini.

Cawan kopi bersaiz besar yang dibancuh bernilai $2.45 pada 2021, menurut beberapa laman menu. Tetapi pada masa akan datang, secawan kopi yang sama di beberapa lokasi akan membebankan pelanggan dengan kenaikan sebanyak $2.95, atau peningkatan sebanyak 20%.

Kata Kevin Johnson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, tekanan inflasi, isu kakitangan dan lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini akibat varian omicron adalah sesuatu di luar ‘jangkaan’ Starbucks.

Tambahnya lagi, langkah kenaikan harga adalah seiring dengan situasi semasa. Ini memerlukan tuntutan syarikat untuk mengimbangi semula tekanan kos yang sedang didepani operasi.

Bagaimanapun, bagi para pengguna, kesan inflasi adalah cerita yang direka oleh syarikat bagi menaikkan harga kerana keuntungan syarikat menunjukkan peningkatan.

Pengumuman buat ‘coffee addict’, harga minuman kegemaran anda bakal naik harga. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pengumuman Buat ‘Coffee Addict’, Harga Minuman Kegemaran Anda Bakal Naik Harga

Ikea Jangka Kenaikan Harga Barang Disebabkan Krisis Rantaian Bekalan

Daripada RM18 Ke RM27 Dalam Masa Seminggu, Peningkatan Mendadak Harga Bawang Buat Netizen Terkejut