Ada Peminat kopi yang berpendapat rasa kopi yang dijual di Starbucks harganya mahal tetapi tidak setanding dengan harga jualan.

Namun Starbucks telah membuka cawangan baharu Starbucks Reserve Roastery di New York. Di sini anda boleh memilih kopi yang anda mahu minum dan mempunyai pilihan biji kopi dari serata dunia.

Starbucks Reserve Roastery New York yang baru sahaja dibuka semalam merupakan salah satu daripada empat cawangan Reserve Roastery di seluruh dunia; selain di Seattle, Shanghai dan Milan.

Starbucks Reserve Roastery menawarkan adunan kopi premium yang berbeza setiap hari dengan biji kopinya yang akan dibakar oleh barista berpengalaman untuk mendapatkan rasa yang terbaik buat peminat tegar kopi.

Reserve Roastery juga menyediakan sebuah bar yang menawarkan minuman keras bagi mereka yang tidak mahu minum kopi. Terdapat juga kedai roti ala Itali buat mereka yang inginkan suasana santai dan makan roti sambil menikmati kopi dan WiFi percuma.

Masih tiada cawangan Starbucks Reserve Roastery di rantau Asia Tenggara. Jadi bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman minum kopi di kafe yang sangat mewah dan unik, bolehlah ke mana-mana cawangan Starbucks Reserve Roastery yang sudah dibuka.

Starbucks-New-York-015

Starbucks-New-York-016

Starbucks-New-York-018

Starbucks-New-York-019  

Starbucks-New-York-021

Starbucks-New-York-022

Starbucks-New-York-023-858×1024

Starbucks-New-York-024

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.