Setiap cawan kopi yang dinikmati memiliki khasiat dan kandungan kafein yang berbeza. Boleh dikatakan kopi merupakan kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia kerana rasa dan aromanya yang memukau.

Adakah anda tahu pada setiap 1 Oktober adalah Hari Kopi Dunia? Pada hari ini, Starbucks tampil dengan pelbagai promosi hebat untuk anda dapatkan kopi premium dengan harga yang murah.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Tidak percaya? Tawaran promosi tersebut telah tersedia dari jam 9 pagi tadi dan akan berakhir pada 9 malam ini. Adalah diingatkan, promosi ini hanya terhad pada hari ini sahaja.

Anda boleh dapatkan kopi Americano atau Caffe Latte atau Cappucino atau Cold Brew Freshly Brew Coffee bersaiz grande bermula RM8 sahaja pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Bagi kami, tawaran paling menarik adalah pada jam 12 tengahari hingga 3 petang. Anda boleh dapatkan 2 minuman Frappucino Caramel atau Mocha atau Espresso bersaiz grande dengan harga RM20 sahaja. Jimat kan jika berkongsi bersama rakan?

Akan tetapi, promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks kecuali di lapangan terbang dan Genting Highlands. Promosi ini tidak sah untuk diskaun atau promosi lain dan tidak layak untuk ganjaran kad Starbucks.

Jika anda ingin menukar saiz, anda akan dikenakan caj lebih dan promosi ini tidak sah untuk servis penghantaran. Ini peluang keemasan untuk anda nikmati kopi premium dengan harga yang murah. Apa tunggu lagi?

Selain daripada kopi, Starbucks juga telah perkenalkan pewangi kereta. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Starbucks Malaysia Perkenalkan Pewangi Kereta Edisi Terhad

Nestle Berkolaborasi Dengan Starbucks Perkenalkan ‘Starbucks at Home’ Di Malaysia

Starbucks Malaysia Lancar Koleksi Selendang Edisi Khas Bersama Naelofar

Anda Mungkin Suka