Ini berita baik buat anda diluar sana yang gemar mengumpul merchandise yang dikeluarkan oleh Starbucks. Kini, Starbucks tampil berkolaborasi dengan Pared Eyewear tampil dengan 3 koleksi merchandise edisi terhad.

Pastinya anda akan teruja dengan berita ini. Menariknya, 3 koleksi ini hadir dengan pilihan yang berbeza iaitu stainless steel tumble, double walled traveler mug dan cold cup. Jika dilihat, stainless steel tumble tampil dengan corak geometri dan berwarna pantone.

Manakala double walled traveler mug pula, ia hadir dengan corak ilustrasi wanita dan cermin mata ikonik Pared Eyewear serta berwarna merah jambu. Untuk cold cup pula, ia hadir dengan corak payung di pantai. Corak-corak yang ditampilkan pada ketiga-tiga merchandise ini sangat menarik.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk koleksi ini bermula dari serendah RM88 dan tidak lebih dari RM178 sahaja. Pastinya dengan harga mampu milik ini, anda dapat membeli merchandise ini dan tampil bergaya ketika membeli minuman kegemaran anda.

Apa tunggu lagi? Ini masanya anda rebut dan beli koleksi merchandise edisi terhad ini yang telah mula dijual pada 1 Julai 2019 dan tersedia di beberapa cawangan sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Launch_FB_Product_Tumbler 16SS

Launch_FB_Product_Mug 12Oz