Square adalah sebuah start-up perkhidmatan kewangan yang diasaskan pada 2009 di San Francisco dan kini mempunyai pejabat di Kanada, Jepun dan Australia. Pegangan saham terbesar Square dimiliki oleh Jack Dorsey (24.4%), diikuti oleh Khosla Ventures (17.3%), pengasas bersama James McKelvey (9.4%), JPMC Strategic Investments (5.5%) dan Sequoia Capital dan Rizvi Traverse dengan setiap satunya 5.4% ekuiti.

Squareup.com

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Square mencipta teknologi untuk membantu para penjual menerima setiap urusan jualan dengan jayanya. Square menawarkan perkhidmatan point-of-sale sesebuah bisnes bermula daripada penerimaan pembayaran kad kredit, jejak inventori, analisis masa nyata sehinggalah pengeluaran invois.

Semalam, 14 Oktober 2015, Square mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web mereka mengenai Square menfailkan proposal untuk IPO secara rasmi dengan niat menjual syer kepada pasaran stok awam di bawah simbol SQ dengan harga tawaran agregat sebanyak US$275 juta.

Kredit: houstonchronicle.com

houstonchronicle.com

Jack Dorsey, CEO Square juga merupakan CEO Twitter sementara dan berpotensi menjadi CEO kekal selepas Dick Costolo meletakkan jawatan.

Ini bermakna, Dorsey adalah CEO sepenuh masa untuk Square dan Twitter. Dan selepas Square berjaya di IPO, Dorsey akan menjadi CEO untuk dua buah syarikat yang disenaraikan di bursa saham. Tetapi ia bukan sesuatu yang baik.

“Jack Dorsey, pengasas bersama kami, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twitter. Ini boleh menjejaskan keupayaannya untuk menumpukan masa, perhatian, dan usaha untuk Square,” menurut kenyataan S-1 yang difailkan itu.

Selain itu, turut mendapat perhatian di dalam proposal IPO tersebut adalah bahagian kewangan dan faktor risiko.

Walaupun jumlah pendapatan bersih Square meningkat 51% dari tahun ke tahun kepada US$560.6 juta bagi enam bulan yang berakhir pada bulan Jun, syarikat telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak US$77.6 juta dalam tempoh tersebut.

Ini kerana Square terpaksa menanggung beban apabila berlakunya penipuan kad kredit melalui produk dan perkhidmatan Square. Pemperosesan transaksi yang tidak sah dan mengakibatkan kerugian kepada penjual akan menyebabkan Square turut mengalami kerugian dan liabiliti.

Sebagai contoh, Square catat kerugiaan sebanyak US$5.7 juta hanya kerana seorang penjual tunggal yang menggunakan perkhidmatan pembayaran Square mengalami penipuan.

Walaubagaimanapun, Square tetap berusaha memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik serta menambahbaik sistem kad kredit seperti mana yang dianjurkan oleh rangkaian kad kredit Visa dan MasterCard supaya urusan lebih selamat dapat dijalankan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka