Joe Biden telah berjaya menewaskan Donald Trump pada Pilihan Raya Amerika Syarikat. Kemenangan ini telah meletakkan dia sebagai Presiden AS yang ke 46, selain itu Kamala Harris pula diangkat sebagai wanita kulit hitam pertama yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden AS.

Sejak bermulanya kempen Pilihan Raya AS kali ini, kita telah dihidang dengan beberapa cara kempen daripada calon bertanding untuk memenangi hati pengundi. Lebih menarik lagi apabila hampir keseluruhan kempen kali ini berlangsung di media sosial, terutamanya Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Facebook Ad Library

Facebook Ad Library adalah salah satu platform yang dibina oleh Facebook dengan tujuan untuk lebih terbuka dengan para pengguna. Dibina pada 2018, ia lahir selepas salah seorang pelakon di luar negara menggunakan iklan Facebook untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Screenshot 2020-11-08 at 7.37.47 PM
Kos yang dikeluarkan oleh Biden untuk satu iklan di Facebook.

Halaman ini berfungsi untuk orang ramai atau pengguna meninjau kandungan iklan yang dikeluarkan oleh halaman Facebook yang dibina khas untuk agenda politik dan isu sosial. Pengguna boleh melihat laporan iklan tersebut seperti kumpulan sasaran dan berapakah wang yang digunakan untuk mengiklankan agenda mereka.

Neal Roese, seorang profesor pemasaran di Sekolah Pengurusan Kellogg Universiti Northwestern berkata kepada Forbes bahawa dua perkara yang dilihat olehnya adalah Fungsi dan Psikologi. “Fungsi bermaksud apakah keputusan akhir yang kita mahukan berbanding sisi emosi dan hubungan emosi.

“Jenama hebat membuat hubungan emosi yang kuat dan dalam bidang politik, itu adalah salah satu komponen penting untuk memiliki jenama politik yang kukuh,” katanya.

Screenshot 2020-11-08 at 7.39.08 PM
Kos yang dikeluarkan oleh Trump untuk satu iklan di Facebook.

Bagi pilihan raya AS, Facebook memainkan peranan yang lebih besar daripada sebelum ini. Terutamanya selepas calon tidak mampu untuk berkempen secara langsung selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

Menurut laporan Facebook Ad, Joe Biden membelanjakan $ 6.1 juta untuk 19,336 iklan berbeza antara 25 Oktober dan 31 Oktober sementara Donald Trump menghabiskan $ 2.9 juta untuk 53,817 iklan berbeza. Difahamkan, kedua-dua calon mempunyai lebih dari 50,000 kepingan iklan yang berbeza – dengan masing-masing berpotensi mencapai puluhan ribu atau ratusan ribu pengguna Facebook.

Isi iklan

Di dalam satu temuramah yang dikeluarkan oleh Forbes, Beth Fossen, seorang profesor pemasaran di India University menyatakan bahawa Trump menjenamakan dirinya dengan menggunakan iklan yang berbaur serangan. Dia menambah bahawa kebanyakan iklan yang dikeluarkan oleh Trump berbentuk ketakutan dan penuh dengan emosi negatif.

Fossen turut mempersoalkan mengapa Trump tidak menggunakan kekuatannya sebagai seorang pelindung nilai-nilai konservatif tradisional bagi memenangi hati rakyat Amerika Syarikat – satu nilai yang sering dipaparkan oleh Trump ketika bersiaran di televisyen.

Screenshot 2020-11-08 at 8.15.41 PM

Sementara itu, Biden pula mengiklankan jenamanya dengan mengajak orang ramai untuk turun mengundi dan dalam masa yang sama menghantar mesej sokongan kepada orang awam dan golongan tentera, kata Fossen. Tambahnya lagi, dia melihat Biden menjalankan kempen pilihan raya dengan cara yang selamat.

Bagi David Schweidel, seorang profesor pemasaran di Emory University, dia menyatakan bahawa wujud perbezaan yang sangat besar di antara dua calon Presiden AS. Biden telah menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang mampu menyatukan bangsa, manakala Trump pula menganggap dirinya sebagai seorang penyelamat, kata Schweidel.

Tambahnya lagi, kempen Trump lebih kepada melihat kembali kejayaan yang telah dibuat olehnya sepanjang memegang jawatan sebagai Presiden AS. Manakala Biden pula menunjukkan cabaran yang bakal dihadapi oleh AS pada masa akan datang dan bagaimana untuk menanganinya.

Screenshot 2020-11-08 at 8.14.20 PM

Schweidel turut mengatakan bahawa iklan yang dikeluarkan oleh Trump diraikan dengan baik oleh para penyokongnya. Tetapi ia tidak sesuai dengan pengundi yang masih berada di atas pagar.

Roese, profesor Universiti Northwestern, mengatakan pemasaran kedua-dua belah pihak merangkumi gabungan fungsi dan psikologi. Dia mengatakan Biden fokus untuk menyampaikan rasa belas kasihan, sementara Trump pula fokus untuk menambah kekuatan.

Untuk rekod, selepas hampir seminggu berlangsungnya pilihan raya presiden AS, Joe Biden akhirnya dilantik sebagai Presiden AS ke-46 selepas memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump hanya meraih 214 undi elektoral.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Startegi pemasaran yang digunakan oleh Joe Biden di lihat berfungsi dengan baik apabila dia berjaya menjenamakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang mampu untuk menyatukan bangsa, manakala mesej ketakutan yang cuba disampaikan Trump kali ini gagal untuk menawan hati rakyat AS.

Terdahulu, Donald Trump mendakwa dirinya mendapat undian majoriti selepas ditewaskan oleh Joe Biden. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Gagal ‘Move On’ Dengan Kekalahan, Donald Trump Dakwa Dirinya Peroleh Undian Majoriti

Kalahkan Donald Trump, Joe Biden Sah Menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-46

Joe Biden Lawan Donald Trump, Premis Bina Tembok Kayu Persediaan Demonstrasi Jalanan

Sumber