Pernah tak rasa macam malas sangat nak redah traffic jammed semata-mata nak pergi ambil satu barang saja? Tapi kalau tak pergi ambil, tak jadi kerja kita. Dilema!

Alangkah best jika ada pembantu peribadi atau orang yang sudi bantu redah traffic jammed dan ambil barang itu dengan selamat. Dalam masa yang sama dapat settle kan hal lain. Heaven!

Namun begitu, imaginasi tinggal imaginasi sahaja apabila tiada tindakan untuk merealitikannya. Anda tetap drive sendiri dan tersekat di jalan raya. Dalam hati, sabar sabar sabar.

Jangan kecewa! Imaginasi anda telah direalitikan oleh tiga orang sahabat iaitu Adlin Yusman, Suthenesh Sugumaran dan Puvanenddren M Maniam. Mereka telah mengusahakan Bemalas di bawah syarikat Pacific Founders Sdn Bhd.

Bemalas dilancarkan pada 19 April 2015 dengan model bisnes yang mudah melalui SMS. Ia melibatkan perkhidmatan pekerja rencam yang bertanggungjawab mengendalikan keperluan rencam yang tidak melanggar peraturan dan perkhidmatan pelanggan.

BeMalas adalah satu-satunya aplikasi yang anda perlukan untuk segala-galanya. Selesaikan semua benda tanpa perlu fikirkan trafik, tempat letak kenderaan, atau tawar-menawar untuk harga terbaik. Biar kami selesaikannya untuk anda.

Itu ayat pertama yang tertera di laman rasmi Bemalas. Bayaran asas untuk perkhidmatan ini ialah dari RM25.00 dan ia akan meningkat mengikut tahap kesukaran tugas. Pelanggan boleh teruskan atau batalkan selepas mendapat harganya.

Bagaimana Dapat Idea Bemalas?

Salah satu cara dapat idea Bemalas ini adalah ketika Adlin berada di sebuah kopitiam. Pada ketika itu Adlin sedar semua orang inginkan pembantu peribadi. Lebih-lebih lagi jika mereka malas untuk melakukannya, mereka akan serahkan tugasan itu kepada orang lain.

Jadi, idea Bemalas ini dapat mengisi ruang kosong antara orang yang inginkan pekerja rencam dan orang yang sudi mengendalikan kerja rencam tersebut.

Nak tahu lebih lanjut lagi kisah jatuh bangun dan pahit manis Bemalas, anda boleh face-to-face dengan pengasas bersama Bemalas di acara VocketTalk nanti.

Meh, baca yang seterusnya apa itu Bemalas.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Daripada namanya, kita boleh bayangkan pelanggan-pelanggannya mesti ada rasa malas nak settle kan urusan mereka. Tapi bagi saya, ia adalah satu peluang untuk agih-agihkan tugas remeh kepada orang lain. Kita pun akan jadi lebih produktif dalam kesibukan harian.

We work hard, so you can be lazy. – motto Bemalas

Bemalas menggunakan orang yang sebenar untuk membantu memenuhi permintaan pelanggan selagi ianya tidak menyalahi undang-undang. Apa saja yang diperlukan, pelanggan hanya perlu menghantar teks mesej atau menggunakan aplikasi telefon pintar atau Facebook Bemalas.

Kemudian Rajin Runners akan uruskan permintaan tersebut selepas pelanggan bersetuju dengan harga perkhidmatan Bemalas. Malah, menurut Vulcan Post, mereka sangat menepati masa seperti mana yang dijanjikan. Jadi, ia worth it bagi mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan ini.

Selain itu, Bemalas turut menyediakan kedai e-dagang di mana ia menjadi pusat sehenti bagi pelanggan membeli barangan mereka dan kemudian ia akan dihantar kepada pelanggan pada hari yang sama.

Suntikan Modal Pelaburan

Sejak Bemalas beroperasi, ia telah menguruskan lebih dari 30,000 permintaan setiap bulan di 5 buah negara iaitu Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Lonjakan ini berlaku apabila kira-kira tiga bulan selepas Bemalas dilancarkan, Deal Street Asia melaporkan Cradle Fund dan rakan kongsi pelaburan bersama, KK Fund mengumumkan suntikan sebanyak RM1.9 juta untuk startup Bemalas.

Adlin menyatakan dana itu dilaburkan dalam penggunaan teknologi untuk front-end dan back-end termasuk pengurusan dan mengupah bakat terbaik bagi mengembangkan skala bisnes di serantau ini.

Persaingan

Walaupun telah wujud perkhidmatan pekerja rencam seperti Helpr, NeonRunner, Goget dan lain-lain, bagi Suthenesh, Bemalas masih tiada pesaing terus dengan mana-mana pihak. Kalau ada pun, pesaing terdekat ialah Operator di Amerika Syarikat.

Be Malas: For Everything. – tagline Bemalas

Ini kerana Bemalas adalah bisnes yang menyediakan perkhidmatan yang paling meluas, siap sedia dengan platform e-dagang dan BeSpoke, satu servis yang lebih premium dan alternatif. Malah, lebih 50% adalah pelanggan yang berulang.

Inspirasi Malaysia Boleh! Buat Anak Malaysia

bemalas

Bemalas pernah mendapat kepercayaan menguruskan cincin bernilai RM30,000 dan juga mencari berdozen lipas untuk seorang pelanggan yang memerlukannya untuk penyelidikan.

Pada bulan Ramadhan yang lalu pula, perkhidmatan BeMalas digunakan oleh mereka yang mahu melakukan kebajikan dan derma seperti makanan dan barangan. 80% pelanggan BeMalas itu tidak mahu dikenali. Jadi, BeMalas adalah pilihan untuk menyampaikan hajat mereka itu.

Seorang rakyat Malaysia telah derma beras bernilai RM30,000. Kami perlu menggunakan lori untuk menyempurnakan permintaan pelanggan itu.

Itu antara kerja rencam pelik dan menarik yang pernah dikendalikan oleh Bemalas. Hari-hari lain ia melibatkan perkhidmatan penghantaran makanan, dan pelbagai barangan.

Pastinya startup yang bermula di sebuah studio apartment kira-kira setahun lebih yang lalu menjadi satu inspirasi buat pembangun startup yang lain.

Bemalas telah berkembang dari hari ke hari sehingga dapat menguasai kawasan serantau yang melibatkan 4 buah negara selain Malaysia. Suntikan dana yang diperolehi digunakan sebaiknya bagi menggilap potensi Bemalas.

Nampak idea startup macam biasa-biasa saja, seperti runner motor mat despatch. Tapi apabila ia dicanai oleh 3 orang berbakat dalam bidang digital startup, ia menjadi satu nilai yang besar.

Bemalas Di VocketTalk

Kisah di atas ini adalah sedikit sahaja berbanding dengan apa yang akan didedahkan sendiri oleh pengasas bersama BeMalas di VocketTalk pada 12 November 2016 ini, anjuran Vocket.

Sekiranya anda mahu mengenali lebih dekat dengan startup Bemalas dan pengasas bersama, dan mendapat inspirasi serta motivasi merealitikan idea-idea bisnes, anda boleh temui Bemalas di sini.

Buat makluman anda, VocketTalk ini telah disertai lebih 300 orang pada tahun lepas dengan mengumpulkan 13 orang founder startup daripada pelbagai bidang di dalam siri-siri yang telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, Bemalas akan bersama 4 lagi startup yang telah sukses di dalam bidang masing-masing akan berkongsi kisah di Cyberjaya tentang bagaimana mereka bersusah payah menjayakan startup-startup yang dibangunkan ini.

Ini adalah peluang anda yang berminat dengan bisnes untuk turut serta bersama para pemilik dan pengusaha bisnes bagi membina ‘A Million-Dollar Network’ sambil mendapat input-input yang menarik daripada:

1. Adlin Yusman, CEO Bemalas.
2. Syed Ahmad Fuqaha, CEO Katsana.com
3. Azarol Faizi, CEO Bateriku.com
4. Fadzilah Mamat, CEO Empayar Benang Hijau
5. Nurul Wahida Othman, Pengasas bersama The Vocket

Tun M
HYPE
Masih Gagah Kemudi Negara, Ini Rahsia Pemakanan Tun M Kekal Sihat Di Usia 93 Tahun
Baca lagi →