Pengalaman membuatkan kita mahu lakukan sesuatu dengan lebih baik pada masa hadapan. Begitulah juga dengan founder app BookDoc, Dato Chevy Beh yang mengasaskan aplikasi ini berdasarkan satu pengalaman dramatik melibatkan nyawa kawan baiknya, Wayne.

Wayne mengalami demam denggi tapi disuruh balik ke rumah apabila keputusan ujiannya negatif. Selepas 3 hari keadaan Wayne makin teruk sehingga gusi dia berdarah. Wayne terus menghubungi Beh untuk membantunya. Kesan dari pengalaman itu, Beh nekad mahu mengubah situasi itu agar ia tidak berlaku kepada orang lain melalui app BookDoc.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Startup anak tempatan ini telah menerima dana dari anak saudara Sultan Brunei, Prince Abdul Qawi walaupun baru dilancarkan kurang dari setahun pada Oktober 2015. BookDoc tidak mendedahkan angka pendapatan dan perkembangannya tetapi memberitahu antara klien mereka adalah syarikat besar seperti Frost & Sullivan, University of Nottingham, dan Tricor Group.

BookDoc ini seperti gabungan Zocdoc (tempah perkhidmatan doktor) dan CXA (perkhidmatan untuk syarikat korporat berkaitan kesihatan pekerja). Ini bermakna BoookDoc bukan sahaja sebagai aplikasi untuk mencari doktor tetapi juga sebagai tempat untuk majikan memerhati tahap kesihatan pekerja dan medical coverage.

Dato’ Chevy Beh bekas Managing Director BP Healthcare Group, bersama co-founder, Joel Neoh (founder Groupon Malaysia dan bekas CEO Asia Pacific Groupon), mempunyai kumpulan pelabur dari pelbagai sektor bagi membangunkan BookDoc.

BookDoc akan dikembangkan ke Singapura, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Filipina selepas ini.

https://www.youtube.com/watch?v=nj2p62uhlPw