Ini antara teknologi masa hadapan yang menarik perhatian kami selepas pelayan Drone.

Ramai yang mengatakan Hyperloop tidak ubah seperti sebuah projek fantasi mereka yang banyak duit. Tapi idea itu semakin jelas walaupun jurutera dan usahawan masih bertungkus lumus untuk menjadikan sistem pod transit yang super-laju satu kenyataan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan secara tiba tiba sebuah startup Hyperloop Technologies muncul untuk menyokong projek ini.

Walaupun Hyperloop Technologies muncul ntah dari mana, dengan laman web dan akaun Twitter dilancarkan pada Rabu lalu, pasukan di sebaliknya sudah mempunyai $8.5 juta (RM30.6 juta) dana dan merancang untuk mendapatkan $80 juta lagi pada tahun ini.

Bekas jurutera SpaceX Brogan BamBrogan yang juga merupakan CEO sementara Hyperloop Technologies berkata kepada Forbes bahawa mereka mempunyai pasukan, alatan dan juga teknologi. Dan mereka mampu melakukannya.

Menurut CEO Tesla Motors Elon Musk, yang juga orang pertama yang berimpian untuk merealisasikan idea Hyperloop, sistem pod transit ini membolehkan orang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat dalam satu tiub vakum dengan kelajuan perjalanan 800 mph.

Menurut laporan Forbes, Hyperloop Technologies adalah satu kumpulan yang sah dan sekarang bekerja secara aktif untuk Hyperloop. Kumpulan ini lebih fokus untuk menyiapkan “cargoloop” untuk penghantaran produk berbanding memindahkan orang dalam kelajuan ekstrem. Dikatakan projek ini juga telah dibentangkan kepada beberapa individu berkuasa dan berpengaruh termasuk Presiden Obama.

Ahli lembaga pengarah Hyperloop juga terdiri daripada individu individu power seperti pengerusi Shervin Pishevar, pelabur Uber, dan David Sacks yang pernah bekerja bersama Musk di Paypal dan juga bekas CEO Yammer. Manakala staff Hyperloop terdiri daripada bekas pekerja SpaceX.

4 (1)

hyperloop_concept_nature_01_copyright_c_2014_omegabyte3d

hyperloop_concept_nature_02_transparent_copyright_c_2014_omegabyte3d

hyperloop_concept_sanfrancisco_01_copyright_c_2014_omegabyte3d

hyperloop_concept_lasvegas_02_copyright_c_2014_omegabyte3d

Ahlborn-Hodgins-Nowak-Ross