eFishery, startup Indonesia kini ke arah menjadikan operasi mereka berstatus unicorn dengan merelisasikan proses akhir perolehan pusingan pelaburan bernilai $150 juta (~RM671.4 juta) yang diketuai oleh Khazanah Nasional.
Difahamkan eFishery secara menyeluruh telah pun meraih pelaburan bernilai $115 juta (~RM514 juta) yang meliputi $90 juta (~RM402 juta) pada pusingan pembiayaan pada Siri C tahun lalu. Menerusi usaha itu secara langsung ini akan mengukuhkan sasaran status Unicorn eFishery kelak.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
Setakat ini, kesemua pihak terlibat tidak memberi maklum-balas akan perolehan pusingan pelaburan sedemikian dan memaklumkan akan mengumumkan maklumat tersebut dalam tempoh terdekat.
Untuk makluman, startup eFishery berperanan membantu petani Indonesia dalam mengendalikan pengurusan kolam ikan dengan lebih cekap, bersama sokongan teknologi akuakultur. Melalui pusingan pelaburan itu dijangka akan menjadikan eFishery sebagai satu lagi syarikat berstatus Unicorn di rantau Asia Tenggara.