Dengan peningkatan yang ditunjukkan di dalam sektor beli-belah di atas talian telah menghasilkan persaingan yang sengit diantara penjual di dalam platform E-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Justeru, Involve Asia bakal melancarkan “Marketplace Affiliate Program” (MAP) pada Ogos 2020. MAP merupakan satu solusi teknologi inovatif bagi membantu kedai di platform E-dagang untuk mendapat lebih banyak pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Faktor penularan COVID-19 yang memaksa kebanyakan pengguna untuk kekal berada di rumah juga telah menyebabkan peningkatan dalam pembelian atas talian.

Pada awalnya, peningkatan pembelian diatas talian disambut baik oleh penjual. Namun, jumlah peniaga di platform E-dagang turut berganda bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi. Peniaga di platform E-dagang dapat merasakan persaingan yang semakin hari semakin sengit. 

Walaupun laman E-dagang dapat menyelesaikan masalah bagi menarik pengguna untuk mengunjungi sesebuah kedai yang khusus, perniagaan E-dagang boleh berkembang dengan lebih pesat dengan bantuan pengunjung dari luar platform.

Mendedahkan Kedai di Dalam Platform E-Dagang Kepada Pengunjung Baru

Data is the future – MAP dapat memberikan kelebihan bagi membantu peniaga E-dagang membina hubungan perniagaan dengan penerbit.

MAP menghubungkan kedai di platform e-dagang ke lebih 50,000+ rangkaian, termasuk pemilik media terbesar di Asia Tenggara. Tidak lupa juga kepada Super Affiliate seperti laman kupon, cashback dan media sosial influencer.

Ia akan menghasilkan kandungan yang menarik bukan sahaja untuk meningkatkan trafik pengguna ke kedai di platform e-dagang, tetapi juga untuk membantu meningkatkan jualan kepada pelanggan tetap.

Pengunjung dari luar platform e-dagang dapat mempercepatkan perkembangan bisnes pada skala yang jauh lebih besar berbanding dengan hanya bergantung kepada trafik dalam kedai di platform e-dagang.

Risiko Rendah, Potensi Besar

Dengan menggunakan MAP, pasaran jual beli hanya perlu membayar komisyen kepada platform yang berjaya menjana jualan sahaja. Secara tidak langsung, ini dapat meminimumkan risiko kewangan kepada peniaga di dalam platform e-dagang.

MAP membolehkan syarikat jenama-jenama besar yang memiliki kedai lebih daripada satu platform e-dagang untuk mengurus hubungan dengan platform-platform yang berprestasi.

Pengguna MAP pada peringkat percubaan memberikan testimoni yang positif kerana MAP dapat menjana lebih banyak pendapatan kepada bisnes mereka.

MAP dapat menemukan penjual di platform e-dagang dengan penerbit yang sesuai untuk mempromosikan produk penjual dan memudahkan pengurusan kempen pemasaran untuk penjual yang menjual produk di beberapa platform e-dagang dengan serentak.

Selari dengan pelancaran MAP, Involve juga menjalankan initiatif bersama pengiklan-pengiklan besar, dengan kempen Mega Affiliate Days (MAD) yang akan dijalankan selama 5 hari. MAD berpotensi menaikkan pengunjung ke kedai e-datang sebanyak 50% dengan membawa pengunjung baru dari luar platform e-dagang ke dalam kedai e-dagang yang menyertai kempen MAD.

Beberapa Pengiklan yang sudah menggunakan MAP adalah Purple cane, Clinelle, Corvan, Skincode Switzerland, Radiant Wholefood, Roscani, Nestle, Kose, Russel Taylors dan Tronsmart.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAP, dan bagaimana ia boleh meningkatkan pengunjung ke kedai di platform E-dagang, sila kunjungi laman Involve Asia atau klik di sini.