Ramai di kalangan masyarakat masa kini gemar mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan dan perubatan di internet tanpa merujuk semula kepada doktor. Maka, wujudlah istilah ‘Dr. Google’ dan seangkatan dengannya. Tidak salah untuk mencari ilmu, tetapi ia jadi salah apabila ilmu yang dicari itu tidak betul dan memudaratkan. Lantaran itu, sekumpulan doktor muda dan profesional kesihatan telah bekerjasama menyediakan satu startup sosial bagi mengatasi kekeliruan masyarakat berkaitan hal ini. Ia sebuah startup sosial bidang kesihatan yang bukan berlandaskan keuntungan.

Bagi memberikan info yang tepat kepada pembaca dan peminat Vocket, saya berkesempatan menemubual salah seorang anggota profesional yang terlibat dengan MedTweet.My.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

medtweet aimi 1

Beliau ialah Dr. Aimi Rahayu Abdul Rashid, 31 tahun, rakan saya sewaktu sama-sama belajar di University College Cork, Ireland yang kini mempunyai MSc (Research) in Obstetrics and Gynaecology (O&G) pada Februari 2015. Sebelum itu Dr. Aimi pernah mendapat latihan asas pakar O&G RCPI di Ireland dari 2011 hingga 2013.

Apakah itu MedTweet.My?

MedTweet.MY ialah satu portal rasmi gabungan para profesional kesihatan di Twitter yang akan berkongsi info-info kesihatan semasa dan menjawab soalan-soalan berkaitan kesihatan daripada netizen.

MedTweet.MY mengumpulkan 36 personnel daripada 24 disiplin yang berbeza (pada awal penubuhannya) dan kini telah menjangkau 46 orang. Setakat ini ia adalah antara perkumpulan terbesar profesional perubatan Malaysia di laman sosial.

Kami masih membuka peluang kepada profesional kesihatan daripada bidang-bidang yang masih belum ada di dalam team MedTweet.MY untuk menyertai kami.

Pelancaran rasmi MedTweet.My

Pelancaran rasmi telah dilakukan pada 10 Januari 2016 pada jam 2130. Ianya dilakukan di media sosial Twitter dan Facebook.

Kami juga berbesar hati kerana pada tarikh yang sama, pihak Astro Awani sudi memberikan liputan berita melalui temuramah telefon untuk pelancaran rasmi yang telah disiarkan pada jam 2030.

Punca kewujudan MedTweet.My

medtweet

Pengasas projek ini sendiri iaitu Dr Khairul Hafidz Al-Khair telah mewujudkan ‘Klinik Twitter’ beliau sejak 8 bulan yang lalu. Pada masa tersebut, niat beliau mahu memberikan didikan kepada masyarakat dan memastikan sumber informasi kesihatan yang diperolehi dalam media sosial adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Beliau yang menyedari tanggungjawab yang besar mendidik masyarakat ini telah memberanikan diri membuka Klinik Twitternya untuk masyarakat mendapat peluang bertanyakan isu kesihatan.

Alhamdulillah, sambutannya luar biasa sehinggakan boleh mencapai 100-200 soalan setiap hari. Pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan masyarakat telah dijawab dan dikupas oleh beliau, satu angka yang cukup membanggakan namun agak sukar bagi beliau sendiri untuk menjawab kesemuanya. Beliau juga menyedari bahawa tidak mungkin beliau dapat memberikan jawapan untuk kesemua soalan yang diutarakan memandangkan beliau juga masih lagi baru menjadi pegawai perubatan bertauliah, di hospital daerah.

Justeru itu, beliau merasakan satu keperluan mewujudkan satu pasukan gabungan professional kesihatan di Internet. Seminggu sebelum tarikh rasmi pelancaran MedTweet.MY, beliau mengusulkan gagasan idea tersebut melalui satu posting Facebook. Dan ‘the rest is history’.

Kisah di sebalik tim MedTweet.My

Kesemua professional kesihatan yang terlibat telah menawarkan diri mereka untuk menjawab soalan-soalan netizen di internet secara sukarela. Mereka tidak dibayar dan penghargaan seharusnya diberikan kepada mereka yang berusaha memberikan pendidikan dan info kesihatan kepada masyarakat di samping tugasan harian di hospital yang sibuk seperti yang kita sedia maklum. Kami berharap masyarakat akan mengambil peluang ini untuk bertanya soalan kesihatan kepada mereka yang terlibat kerana itulah tujuan utama gabungan ini diwujudkan.

Anggota profesional kesihatan di sebalik MedTweet.My

Klik di sini.

Kaedah berinteraksi dengan MedTweet.My

Pertama sekali, netizen perlu mempunyai akaun Twitter. Seterusnya tag tweeterhandle team MedTweet.MY yang ingin diutarakan pertanyaan anda. Mudah bukan? Jangan risau. Jika soalan anda bukan dalam bidang mereka, pertanyaan akan di refer kepada yang berkenaan dalam tim.

Pastikan juga sertakan hashtag #MedTweetMY di setiap soalan anda ye. Ini antara lain memberikan kemudahan kepada netizen lain khasnya dan masyarakat amnya untuk berkongsi manfaat daripada perkongsian ilmu itu insyaAllah.

Mudah bukan?

Harapan tim startup MedTweet.My

medtweetmy

Kami berharap masyarakat dapat mengambil peluang ini untuk bertanyakan soalan kesihatan kepada kami dan kami sendiri dapat memberikan didikan dan informasi kesihatan kepada masyarakat daripada sumber yang sahih dan dipercayai.

Secara prinsipnya apa yang kami berikan adalah info kesihatan bukan konsultasi peribadi. Kami memberi info kesihatan merespon kepada soalan yang ditanya oleh netizen.

Perancangan MedTweet.My di masa hadapan

Kami senantiasa berbincang dari semasa ke semasa bagi memperbaiki penyampaian maklumat kesihatan dari tim #MedTweetMy. Setakat ini telah ada beberapa cadangan namun masih belum dibincangkan secara serius. Fokus kami buat masa ini ialah memantapkan penyampaian ilmu dan perkongsian info kesihatan di Twitter.

Kami juga telah menerima cadangan antara lain mengadakan portal yang sama di Facebook juga. Semoga niat ini dipermudahkan untuk kami mencapai kepada medium sosial lain insyaAllah di masa hadapan.

Hati-hati Akaun Palsu

medtweetmy palsu

Walaupun masih baru, kami sudah mula menerima pelbagai cabaran, setakat hari ini sudah ada 4 fake akaun yang opportunis yang membuat akaun atas nama kami dan salah satunya adalah medtweetmy dan dia mendapat lebih 24 ribu followers dalam 2 hari.

Setakat ini kami tidak ada akaun rasmi, kami guna hashtag #MedTweetMY dan masing-masing professional kesihatan menggunakan akaun sendiri di Twitter bagi berkongsi ilmu.

Kami juga masih lagi mencari profesional kesihatan yang masih lagi kami belum ada penglibatannya dalam gabungan ini, jika ada yang berminat boleh hubungi pengurus projek kami, Dr Khairul Hafidz al-Khair di Facebook atau Twitter.

Apapun, MedTweet.MY sudah semakin dikenali masyarakat, InsyaAllah ia akan jadi medium terbaik untuk masyarakat mendapat info kesihatan.

Tahniah Tim Medtweet.My!

Moga usaha murni para profesional kesihatan ini sukses. Bagi saya, ada seeloknya tim Medtweet.my ini membuat satu laman web atau aplikasi mobil sebagai satu hub untuk semua interaksi antara tim dengan orang awam mengikut bidang pengkhususan masing-masing. Dalam masa yang sama ia dapat menangkis golongan yang mahu ambil kesempatan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka