Berbaki 1 perlawanan untuk melengkapkan 34 perlawanan musim 2017, Chanathip Songkrasin yang kini beraksi untuk Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan J1 League, sudah berjaya membuka mata Jepun bahawa kehadiran beliau bukan sekadar alat pemasaran.

Sejak melakukan debut J1 League pada 29 Julai 2017 ketika bertemu juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds, Chanathip Songkrasin telah tersenarai dalam kesebelasan  utama pasukan Hokkaido Consadole Sapporo sebanyak 14 kali dari 15 perlawanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

91.2% Tampil Beraksi Untuk Hokkaido Consadole Sapporo

Dari 14 kali sebagai kesebelasan utama, hanya 2 kali dikeluarkan ketika bertemu Urawa Reds (minit 63), Vegalta Sendai (minit 89) dan FC Tokyo (minit 75).

Hanya sekali tersenarai sebagai pemain simpanan dan dimasukkan pada minit 14 ketika menentang Kashiwa Reysol.

LMF_Chanathip_Songkrasin_getty-678×381

Secara keseluruhannya, Chanathip Songkrasin telah melakukan 15 penampilan dalam J1 League 2017 dengan 1,231 minit masa bermain. Jumlah ini adalah 91.2% dari masa penuh untuk 15 perlawanan.

Selain itu, berdasarkan penampilannya sebanyak 14 kali sebagai kesebelasan utama, Chanathip Songkrasin membuktikan bahawa beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Shuhei Yomoda – 93.33% dipilih sebagai ‘starting line up’.

Tewaskan Shinji Ono Dan Juinichi Inamoto

Walaupun menyertai Hokkaido Consadole Sapporo ketika liga lebih separuh perlawanan sudah dimainkan, Chanathip Songkrasin muncul sebagai pemain ke 11 paling tinggi masa bermain dikelabnya.

2017-11-28_4-07-54

Angka 1,231 minit itu jauh mengatasi 2 lagenda bola sepak Jepun yang beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo, Shinji Ono (15 penampilan, 199 minit masa bermain), Juinchi Inamoto (5 penampilan, 112 minit bermain).

Berjaya Bantu Hokkaido Consadole Sapporo Kekal Dalam J1 League

Ketika Chanathip Songkrasin tampil kali pertama pada perlawanan ke 19, Hokkaido Consadole Sapporo berada pada kedudukan bahaya untuk terjerumus kembali ke J2 League.

23674788_1527757470611346_4034403293393270039_o

Pada ketika ini, Hokkaido Consadole Sapporo berada di kedudukan ke 12 liga, dan jika menang dalam pertemuan terakhir J1 League 2017, mereka mampu untuk berada dalam Top 10 J1 League 2017.

Sangkal Pandangan Sinis Orang Jepun

Dengan prestasinya yang semakin hari menjadi buah mulut orang Jepun terutamanya penyokong Hokkaido Consadole Sapporo, ia jelas ‘jawapan’ kepada persoalan keraguan mereka apabila tiba di Sapporo.

Kini mereka sudah menganggap Chanathip Songkrasin sebagai seorang ‘key’ player mereka, dan bukan lagi sekadar penumpang dalam pasukan untuk dijadikan alat pemasaran kelab di Asia Tenggara.