Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia mendedahkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang berkahwin menurun tahun lalu, barbanding tahun 2018.

Manakala kes bagi pasangan yang bercerai pula meningkat, menurut laporan DOSM yang di muat naik di laman Twitter dan laman web mereka.

Sedikit yang berkahwin

DOSM yang merupakan sumber statistik negara, mengatakan bahawa 206,352 orang yang berkahwin pada 2018 berbanding 203,821 pada 2019. Ini menjadikan jumlah perkahwinan di sini turun kepada 1.2 peratus.

Bagi ‘kadar perkahwinan kasar (CMR)’ pula DOSM mencatatkan 6.3 – yang bermaksud bahawa untuk setiap seribu orang, 6.3 individu yang berkahwin. Manakala CMR pada tahun 2018 adalah 6.4.

Screenshot 2020-12-01 at 9.37.38 AM

Dari sudut agama pula, perkahwinan rakyat Malaysia yang beragama Islam turun 1.5 peratus, dari 150,098 (7.6 CMR) pada 2018, kepada 147,847 (7.4 CMR) pada 2019.

Perkahwinan bukan Islam pula turun sebanyak 0.5 peratus, dari 56,254 (4.5 CMR) pada tahun 2018, kepada 55,974 (4.4 CMR) pada tahun 2019.

Ramai pula yang bercerai

Jumlah perceraian meningkat sebanyak 12 peratus dari 50,862 pada tahun 2018 kepada 56,975 pada tahun 2019. Kadar perceraian kasar (CDR) meningkat dari 1.6 per 1,000 orang pada tahun 2018, menjadi 1.8 per 1,000 orang pada tahun 2019.

Kebanyakan umur lelaki yang bercerai adalah pada usia 37 tahun, manakala wanita pula bercerai sekitar umur 34 tahun. Bagi jumlah perceraian tertinggi pada kumpulan umur pula adalah pada usia 30 sehingga ke 34 tahun bagi kedua-dua jantina.

Screenshot 2020-12-01 at 9.37.48 AM

Jumlah perceraian Muslim yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah 45,502, meningkat 13 peratus berbanding 40,269 perceraian pada tahun 2018.

Perceraian bukan Islam meningkat 8.3 peratus daripada 10,593 pada tahun 2018 kepada 11,473 pada tahun 2019.

Wanita tunggu lebih lama untuk berkahwin

Bagi usia pasangan pengantin perempuan pula menunjukkan peningkatan dari 26 tahun pada 2018, kepada 27 tahun pada tahun 2019. Manakala umur untuk pengantin lelaki kekal sama, iaitu pada usia 28 tahun.

Lelaki yang berkahwin lebih tinggi daripada wanita pada tahun 2019, dengan 50.1 peratus daripadanya sudah berkahwin. Manakala wanita yang berkahwin pula berada pada kadar 46.2 peratus.

Pada tahun 2019, lelaki Muslim berkahwin pada usia rata-rata 27, sementara wanita Muslim melangsungkan perkahwinan pada usia rata-rata 26 tahun. Manakala bagi bukan Muslim pula, masing-masing berkahwin pada usia 30 dan 28 tahun.

Terdahulu, wanita ini berkongsi kisah penceraian selepas 2 tahun berkahwin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bercinta 5 tahun, Wanita Ini Kongsi Kisah Penceraiannya Selepas 2 Tahun Berkahwin

Pasangan Pengantin Indonesia Dengan Jurang Umur 60 Tahun Ini Bercerai Selepas 22 Hari

Nabila Beri Alasan Hanya Terima Nafkah RM500 Sebulan, Sharnaaz Enggan Bercerai