Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Tadashi Takeda selalu muncul ketika peminat bola sepak Malaysia menyenaraikan pemain-pemain yang mungkin berpeluang beraksi untuk skuad kebangsaan Malaysia.

Beliau lahir di Pulau Pinang pada 27 Julai 1986, dan sekarang merupakan seorang pemain pertahanan kelab J2 League, Fagiano Okayama sejak tahun 2008.

Vocket FC telah berjaya mendapatkan statistik rasmi sepanjang karier beliau bersama Fagiano Okayama untuk melihat bagaimana prestasi Tadashi Takeda yang kerap kali diperkatakan oleh peminat bola sepak tanahair.

DO581sZVwAANak3

Walaubagaimanapun, kami hanya akan memdedahkan statistik beliau untuk 5 musim terakhir mulai 2013 sehingga 2017.

J2 League Musim 2013

Musim 2013 ini, Tadashi Takeda muncul dalam 40 perlawanan, merekodkan 3,574 minit masa bermain.

169939572

Dari jumlah penampilan tersebut, beliau berjaya tersenarai sebagai kesebelasan utama untuk 34 perlawanan berturut-turut sebelum menerima penggantungan 1 perlawanan akibat mengutip 3 kad kuning.

3 kali disenarai sebagai pemain simpanan, 2 daripadanya masuk sebagai pemain gantian, Tadashi Takeda berjaya menjaringkan 1 gol pada perlawanan ketika bertemu Consadole Sapporo dalam perlawanan ke 7.

J2 League Musim 2014

Tadashi Takeda membuat penampilan dalam 12 perlawanan sepanjang musim 2014, dimana 11 kali sebagai kesebelasan utama dan 1 kali sebagai masuk sebagai pemain gantian selama 27 minit.

fagiano14

Permulaan musim 2014, beliau berjaya muncul dalam kesebelasan utama 7 kali berturut-turut, sebelum mengalami kecederaan, menyebabkan beliau tersisih selama 18 perlawanan berturut-turut dari MD8 hingga MD25.

Tadashi Takeda mengakhiri musim 2014 tanpa sebarang kad kuning atau merah dengan 1,017 minit masa bermain.

J2 League Musim 2015

fagiano15

Musim 2015, Tadashi Takeda kembali merampas tempat dalam skuad utama.

Muncul dalam 33 perlawanan, 31 kali tersenarai dalam kesebelasan utama dan 2 kali masuk sebagai pemain gantian untuk merekodkan jumlah masa bermain sebanyak 2,825 minit.

10 kali beliau tersenarai sebagai pemain simpanan, dan sekali sahaja tiada dalam skuad 18 pemain.

Musim ini juga Tadashi Takeda hanya mengutip 1 kad kuning dalam perlawanan ke 25 ketika bertemu Cerezo Osaka, 22 Julai 2015.

J2 League Musim 2016

fagiano16

Tadashi Takeda, membuat 38 penampilan dari keseluruhan 42 perlawanan J2 League 2016, dengan jumlah masa bermain selama 3,401 minit.

Dari jumlah itu, beliau muncul 37 kali dalam senarai kesebelasan utama pasukan Fagiano Okayama, 2 kali sebagai pemain simpanan ( satu daripadanya masuk sebagai pemain gantian ), dan tidak tersenarai dalam skuad untuk 3 perlawanan terakhir.

Musim 2016 juga beliau menjaringkan 1 gol pada perlawanan ke 17 ketika bertemu Tokushima Vortis. Beliau juga hanya mengutip 2 kad kuning sepanjang musim 2016, ketika perlawanan pertama bertemu Renofa Yamaguchi dan perlawanan ke 22 bertemu Tokyo Verdy.

J2 League Musim 2017

Bagi musim 2017, prestasi Tadashi Takeda terganggu apabila hanya membuat 10 penampilan sehingga 19 November 2017, dengan masa bermain selama 663 minit.

FO17003_005-800×533

Tadashi Takeda

Dari 10 penampilan tersebut, beliau tersenarai dalam kesebelasan utama sebanyak 7 kali, 11 kali sebagai pemain simpanan dan 3 daripadanya sebagai pemain gantian.

Tiada sebarang kad dikutip oleh Tadashi Takeda sepanjang musim 2017 dan telah menjaringkan 1 gol dalam perlawanan J2 League ke 25 bertemu V Varen Nagasaki ketika Fagiano Okayama menang 2-0.

Belum Pernah Tersenarai Dalam Pasukan Senior

Tadashi Takeda tidak pernah tersenarai dalam skuad senior ataupun skuad bawah umur Jepun sehingga kini.

Beliau layak untuk mewakili Malaysia, sekiranya mahu berbuat demikian kerana beliau lahir di Malaysia.

Tadashi Takeda

Persoalannya sekarang adalah, apakah beliau mahu mewakili Malaysia dan sekiranya ia berlaku, mampukah beliau menampilkan ‘sesuatu’ buat skuad kebangsaan Malaysia.

Statistik diatas adalah angka rasmi yang telah dikeluarkan oleh J.League untuk semua liga dibawahnya.

Anda Mungkin Suka