Semalam kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @theotherazharal ataupun nama sebenarnya Azhar Ali berkongsi kejayaan beliau mendapat biasiswa NASA.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya atas kejayaan yang dikecapi. Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh beliau.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1255675195362140160

Akan tetapi, kesahihan perkongsian tersebut diragui oleh netizen dan rata-rata netizen mulai untuk mencari kebenaran disebalik perkongsian tersebut. Terdapat yang mendakwa Azhar Ali berbohong akan biasiswa yang diterima dan reka sendiri maklumat tersebut.

https://twitter.com/lynfunkstar/status/1256469431988838400

Malah, ada yang mendakwa tiada nama beliau dalam website NASA serta syarat untuk sertai program yang dikatakan bersyarat dimana antaranya adalah perlu berwarganegara atau penduduk tetap Amerika Syarikat.

Hari ini, Azhar Ali dalam satu kenyataan menjelaskan perkara sebenar tentan dakwaan netizen. Beliau mengatakan bahawa beliau sertai pertandingan pakaian NASA dalam kategori gred 9-12 dan telah menghantar penyertaan tersebut.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772299534921729

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772303217549313

Beliau menerima email mengatakan rekaan beliau terpilih sebagai top 1% pada 2 minggu selepas itu. Kemudian, beliau turut menerima email dari NUS tetapi bukanlah dari domain NUS dan disebabkan rasa mungkin ditipu membuatkan beliau menghubungi pihak NUS.

Tambah Azhar, beliau juga sudah menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mendapat biasiswa atau tidak di laman rasmi NASA. Beliau juga meminta agar orang ramai berhenti untuk membuat kenyataan yang tidak benar bagi pihaknya.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772306837233664

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772310528221186

Selain itu, beliau tidak akan meminta maaf kerana beliau adalah mangsa penipuan. Sementara itu, beliau berterima kasih kepada anda yang mengucapkan tahniah kepada dirinya sebelum ini.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772314470866944

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772316702191616

Pastinya perkara ini mengejutkan ramai pihak dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sementara itu, apa kata baca kisah inspirasi rakyat Malaysia yang pernah dikongsikan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pelajar Sarawak Terpilih Antara Pemenang Rekaan Logo Anjuran NASA

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya

Berjaya Jadi Doktor Walau Hidup Susah, Kisah Hidup Lelaki Ini Buat Netizen Terharu