Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak Sabtu yang lalu bencana banjir telah melanda Lembah Klang dan boleh dikatakan rakyat Malaysia bersatu padu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Akan tetapi, usaha murni yang dilakukan komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ) yang memfokuskan kepada penyediaan makanan percuma untuk mangsa banjir di sekitar kawasan Lembah Klang jadi pertikaian.

Mana tidaknya, ada segelintir individu yang meragui status halal makanan yang disediakan oleh mereka.

Difahamkan, masih ada individu yang berasa was-was walaupun makanan yang disediakan berasaskan vegetarian dan disediakan oleh ramai orang termasuk mereka yang beragama Islam.

Menjadi topik perdebatan ramai, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, perkara itu tidak menjadi masalah selagi ia tidak melibatkan haiwan sembelihan bukan Muslim. Tambahnya, perkara itu terpakai dalam isu agihan bantuan, atau rumah terbuka oleh mereka yang berlainan agama dan faham mengenai konsep halal.

Malah, Dr. Zulkifli juga akan hadir sebentar ke Gurdwara Sahib Petaling Jaya untuk menghantar sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Saya Halalkan Perbuatan Mereka’- Pengarah Urusan Jawab Isu Mydin Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir

Lokasi Majlis Dijadikan Pusat Penempatan Banjir, Netizen Terharu Pasangan Pengantin Ini Sedekah Lauk Kenduri

Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan

Anda Mungkin Suka