Sebut mengenai Paul Pogba pasti ramai peminat bola sepak yang cukup mengenalinya. Berjaya menjadi pemain Manchester United dan pasukan kebangsaan Perancis serta memenangi Piala Dunia 2018 membuatkan beliau diminati ramai.

Di sebalik kehidupan beliau di padang, perkongsian terbaru Paul Pogba di Instagram baru-baru ini nyata berjaya menarik perhatian para netizen khususnya netizen Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semuanya bermula apabila Paul Pogba yang menjalinkan kerjasama bersama syarikat TCL France dalam mempromosikan televisyen keluaran TCL yang hadir dengan saiz 72-inci.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tontonan Pogba di televisyen iaitu sebuah rancangan kartun kanak-kanak keluaran Malaysia iaitu Omar & Hana daripada syarikat Digital Durian.

Perkongsian beliau nyata menarik perhatian netizen dari Malaysia untuk komen sekaligus teruja rancangan tempatan tersebut berjaya tersiar atau dimainkan oleh pemain ternama yang mempunyai 48.1 juta pengikut di Instagram ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian terbaru Pogba.

Sumber: Instagram paulpogba
Sumber: Instagram paulpogba
Sumber: Instagram paulpogba

 

Untuk pengetahuan, pemain bola sepak masa kini sememangnya aktif dalam menjalankan iklan bagi meraih pendapatan tambahan. Salah seorang lagi pemain bola sepak yang aktif menghasilkan iklan di Instagram adalah Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu dengan jumlah pengikut paling ramai di platform tersebut.

Tular pada minggu ini apabila Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia mendakwa Upin & Ipin merupakan ‘alat’ propaganda dari Malaysia.

Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia

Petinju Transgender Berdepan Kritikan Selepas Menang Perlawanan Sulung MMA