Stephan Chow, seorang pelakon dan pengarah filem terkenal di Hong Kong membuka satu akaun Instagram untuk merekrut atau mengambil mereka yang berbakat dalam Web3.

Baca Juga:

Web3, dikenali sebagai evolusi internet yang baharu, menggabungkan konsep seperti teknologi blockchain dan pembelajaran mesin.

Chow, bintang komedi klasik iaitu Shaolin Soccer pada tahun 2001 dan Kungfu Hustle pada tahun 2004 telah berkongsi gambar dirinya dengan menulis pengambilan mengenai bakat Web3 tersebut dalam bahasa Cina.

“Saya mencari bakat yang hebat untuk Web3 dan membantu untuk mencipta masa depan yang kreatif,” tulisnya dalam kapsyen di Instagram tersebut.

Sementara itu, dia juga memasukkan senarai keperluan untuk mendapatkan peranan Web3 itu termasuklah pengetahuan tentang Web3, pengalaman pengurusan projek, bijak dan mempunyai sikap yang baik.

Lelaki yang berusia 60 tahun itu, tidak pernah memiliki akaun media sosial sebelum ini, turut menulis ‘hashtag’ seperti #CreateWithStephen, bagi sesiapa sahaja yang berminat memaklumkan kepadanya melalui hashtag tersebut.

Walau bagaimanapun, Chow mempunyai lebih daripada 113,000 pengikut di akaun Instagram selepas hanya 19 jam menggunakan akaun tersebut untuk merekrut bakat yang berminat dengan Web3.

Walaupun akaun Instagram itu tidak mempunyai ‘verified’ iaitu tanda biru, tetapi telah disahkan oleh syarikat media bahawa bintang terkenal itu mengendalikan akaun tersebut dan ia adalah sahih.

“Saya akan memilih orang yang berminat dengan Web3 ini secara peribadi,” kata Chow yang mengakhiri mesej pengambilannya untuk bakat Web3 itu. Tidak dapat dipastikan sama ada Chow akan terus aktif di Instagram selepas ini atau akan menutupnya selepas beliau berjaya menemui bakat yang beliau cari.