Rasanya peminat filem Kung Fu Hustle akan tersenyum gembira dengan berita ini. Penantian selama 15 tahun akan berakhir kerana filem sekuel Kung Fu Hustle dikhabarkan akan menemui peminatnya.

Sebelum ini, Stephen Chow pernah sahkan bahawa akan tampil dengan karya lucu Kung Fu Hustle 2 pada tahun 2005 setahun selepas tayangan filem Kung Fu Hustle.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Akan tetapi, penghasilan sekuel filem ini tertangguh kerana berlaku beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti pengarah sibuk dan sebagainya. Difahamkan, filem sekuel ini sedang dalam penggambaran dan hal ini disahkan sendiri oleh pengarahnya Stephen Chow.

Filem sekuel Kung Fu Hustle 2 ini akan berlatar belakangkan zaman moden dan Stephen Chow hanya akan muncul sebagai cameo sahaja dalam filem ini. Pasti peminat akan berasa sedikit kecewa akan perkhabaran ini.

Adakah anda teruja untuk menyaksikan filem ini di layar perak? Sementara itu, anda boleh baca review filem yang sedang hits di pawagam sekarang pada pautan di bawah ini.

Sonic The Hedgehog Karya Penuh Aksi Dan Tidak Mengecewakan

Birds Of Prey Karya Komedi Gelap Yang Penuh Warna-Warni

Anda Mungkin Suka