Ahli fizik dan kosmologi yang terkenal dengan buku ‘A Brief History of Time’, Stephen Hawking meninggal dunia di usia 76 tahun, dan telah disahkan oleh ahli keluarganya di rumahnya di Cambridge pagi tadi.
Menurut kenyataan anak-anak beliau dalam agensi berita Press Association Britain, Lucy, Robert dan Tim, mereka amat bersedih atas kehilangan ayah mereka. Tambah mereka lagi, beliau merupakan seorang saintis yang hebat dan legasinya dalam bidang fizik akan kekal diingati pada masa akan datang.
Baca: Perkongsian Thesis Stephen Hawking Buatkan Laman Web University Cambridge Gagal Diakses

Organisasi, artis dan ilmuan dari seluruh dunia turut membuat ucapan takziah kepada Stephen Hawking menerusi laman Instagram, Twitter dan laman-laman sosial yang lain.
His passing has left an intellectual vacuum in his wake. But it's not empty. Think of it as a kind of vacuum energy permeating the fabric of spacetime that defies measure. Stephen Hawking, RIP 1942-2018. pic.twitter.com/nAanMySqkt
— Neil deGrasse Tyson (@neiltyson) March 14, 2018
Remembering Stephen Hawking, a renowned physicist and ambassador of science. His theories unlocked a universe of possibilities that we & the world are exploring. May you keep flying like superman in microgravity, as you said to astronauts on @Space_Station in 2014 pic.twitter.com/FeR4fd2zZ5
— NASA (@NASA) March 14, 2018
Sepanjang karier beliau dalam bidang fizik, beliau elah menerima pelbagai anugerah termasuklah Noble Prize. Ahli fizik ini juga terkenal dengan penemuan teori ‘Boundless Universe Theory’ yang percaya bahawa alam semesta sentiasa berkembang seiring dengan waktu. Teori tersebut ialah hasil penemuan beliau bersama Jim Hartle pada tahun 1983.
Sikap positif ilmuan yang mengalami Motor Neuron Disease tersebut tidak menggunakan keterbatasan fizikalnya untuk terus menyumbangkan ilmu dalam bidang sains harus dijadikan contoh kepada kita semua.