Selain daripada Iran, bagi saya India juga tidak kalah memiliki tinggalan sejarah senibina yang mengagumkan. Buat anda yang merancang ke India, tempat ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai bakul anda nanti. Tetapi sebelum itu elok anda baca tips ringkas sebagai persedian sebelum ke India.

Baca: 30 Cabaran Yang Bakal Anda Lalui Apabila Travel Di India

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pernah tak anda lihat penapungan air  atau perigi bawah tanah? Biasanya ia berbentuk tuib bulat bukan? Setelah melihat yang ini, saya percaya anda pasti terpegun dengan tempat penapungan air stepwells yang terletak di India ini.

Inilah Stepwells Of India, tempat penapungan air paling besar dalam sejarah yang pernah saya tahu. Ia memang sengaja direka berbentuk unik dan di bawah tanah. Fungsinya tidak lain tidak bukan adalah sebagai tempat yang digunakan untuk menyimpan air iaitu sekitar tahun 2-4 Masihi dahulu. Paling mengujakan, ia dibina dalam reka bentuk yang luar biasa dan cantik sekali.

Tidak hairanlah jika anda juga turut mengaguminya, cerita yang sama terjadi pada Victoria Lautman, seorang wartawan berasal dari Chicago 30 pada tahun dahulu. Kesan daripada keunikkan senibinanya, Victoria Lautman menghabiskan masanya selama 4 tahun untuk mejelajahi tempat bersejarah ini.

Beliau mengakui, tempat ini mempunyai daya tarikan yang unik, misteri, penuh bersejarah dah sungguh luar biasa. Melihat daripada reka bentuknya secara visual sahaja sudah cukup membuat sesiapa sahaja terpegun. Dilihat secara kasar, beberapa bahagian memiliki dinding yang sangat rendah tetapi ketika melihat ke atas ada tanah terbuka seakan menjerumuskan lebih dalam hingga enam tingkat.

Sayangnya, tempat ini semakin lama dibiarkan seakan-akan semakin mati. Sebahagian daripada kawasan ini masih digunakan sebagai tempat menjalani aktiviti ritual dan doa oleh masyarakat setempat. Sebahagian yang lain pula terbiar kering dimakan usia yang berabad lamanya.

Namun begitu, tempat bersejarah ini sempat didokumentari dan dibukukan dalam naskah berjudul ‘The Vanishing Stepwells Of India”. Antara catatan Victoria Lautman ” Ia sangat membingungkan, subversif dan dalam masa yang sama sungguh indah. Itulah makna sempurna bagi saya’.

Baca juga: Jambatan Membelah Tasik Di Belanda Ini Diinspirasikan Daripada Kisah Nabi Musa