Jika melawat sesebuah negara, tidak lengkap jika tidak bergambar di stesen ketibaannya, tak kisah lah sama ada di lapangan terbangnya, stesen bas atau stesen keretapi.

Dan jika dilihat di kebanyakan negara, stesen kenderaan awam mereka juga turut dijadikan salah satu mercu tanda atau identiti budaya dan pemikiran sama ada pemimpin mahupun masyarakat setempat.

Kali ini kami bawakan 23 stesen keretapi yang memiliki seni bina menarik dan unik dari serata dunia.

1. Stesen Metro Komsomolskaya, Moscow

metro-station-moscow

Siap sepenuhnya pada tahun 1952, Joseph Stalin hanya sempat melihat stesen keretapi ini setahun sebelum beliau meninggal dunia. Stesen Metro bawah tanah di Moscow ini ditunjangi 68 tiang yang diperbuat dari marble granit berwarna kuning. Warna kuning di bahagian bumbung menjadikan subway ini bagaikan hidup dan dihiasi indah dengan ukiran mural bagi memperingati kemenangan pahlawan Rusia dalam peperangan.

Sedekad kemudian, 2 mural Stalin telah dialihkan dari tiang ini. Begitu juga dengan mural-mural lain.

2. Gare Du Nord, Paris

gare-du-nord-paris

Dibuka pada tahun 1864, kompleks Beaux Arts yang terletak di Paris 10th Arrondissement merupakan salah satu dari stesen keretapi tertua di dunia. Malah stesen ini juga antara yang tersibuk dan cantik senibinanya. 23 patung wanita menghiasi bahagian luar bangunan mewakili destinasi yang dihubungkan ke stesen ini.

gare-du-nord-paris-2

Bahagian dalam stesen ini menerima cahaya terus dari luar hasil dari binaan tingkap yang luas dan bumbung kaca serta gabungan besi tuang yang menyokong bahagian bumbung menggambarkan kejayaan gabungan seni bina dan teknologi kejuruteraan.

3. Stesen Keretapi Kuala Lumpur

kuala-lumpur-railway-station

Bangunan bersejarah milik KTM ini sebenarnya adalah hasil rekaan Arthur Benison Hubback, seorang arkitek British. Dibuka pada tahun 1910, stesen keretapi ini kini digunakan sebagai stesen hentian komuter. Ciri-ciri seni bina campuran Anglo-Asian terserlah pada rekaan bangunan ini menjadikan stesen ini antara lokasi  menarik untuk diabadikan sebagai gambar kenang-kenangan jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur.

4. Rotterdam Centraal Station, Rotterdam, Netherlands

roterdam-centraal-sation-netherland

Seperti bandar-bandar yang lebih tua dengan stesen kereta api yang ketinggalan zaman, Rotterdam memerlukan hab kereta api di tengah pusat bandarnya untuk menampung lebih ramai penumpang serta fasiliti untuk keretapi berkelajuan tinggi. Daripada memelihara terminal tidak menarik yang dibina pada tahun 1957, sepasukan firma arkitek telah ditauliahkan untuk membina sebuah kompleks baru yang dibuka pada Mac 2014. Apa yang menarik tentang stesen keretapi dengan reka bentuk moden ini adalah penggunaan 130,000 sel solar di seluruh bahagian bumbungnya yang berbentuk boomerang, menjadikan ia projek berbumbung solar terbesar di Eropah.

5. Stesen Kanazawa, Ishikawa, Jepun

kanazawa-station-japan

Apabila stesen yang dibina pada tahun 1898 ini melalui proses ubah suai pada tahun 2005, penerimaan awal masyarakt di sini adalah berbagai.

Bumbung stesen ditukar kepada bumbung kaca dan gerbang berbentuk gendang besar didirikan di bahagian depan stesen menarik perhatian para pelawat. Walau bagaimanapun, tarikan terbaru ini tidak sedikit pun menjejaskan tarikan sedia ada di sini antaranya lorong geisha dan perkampungan samurai.

6. Stesen Union, Washington DC, USA

union-station-washington

Senibina menarik ini siap sepenuhnya pada tahun 1907 merupakan kompleks pertama yang dibina di negara ini dengan menggunakan batu batan dari jenis Bethel, Vermont dan granit putih yang terbukti tahan lasak dan bersinar. Stesen ini memiliki 2 hub dibawah 1 bumbung yang menjadikannya antara hentian utama di negara ini.

union-station-washington-2

Seni bina stesen ini adalah dari ilham Daniel H. Burnham dengan mengambil inspirasi dari seni bina Rom.

7. Stesen Keretapi CFM, Maputo, Mozambique

cfm-railway-station-mozambique

Kubah stesen ini menjadi antara mercu tanda di negara yang tidak banyak memiliki bangunan tinggi ini. Seni bina stesen yang siap pada tahun 916 ini adalah hasil idea Alfredo Augusto Lisboa de Lima, Mário Veiga dan Ferreira da Costa, adaptasi dari Praça dos Trabalhadores (Workers’ Square). Ciri senibina nya yang seperti kepala keretapi berwap dan grill dari besi tempa menjadikan stesen ini kelihatan klasik.

8.  Stesen King’s Cross, London

kings-cross-station-london

Senibina stesen penuh sejarah ini direka oleh arkitek Lewis Cubitt, siap pada tahun 1852. Pada ketika itu, binaan dengan bumbung kaca di stesen ini beserta 2 landasan kereta api adalah sesuatu yang canggih pada zamannya. Seiring dengan peredaran masa dan bertambahnya jumlah penggunaan keretapi, dari 2 platform stesen ini telah dibesarkan menjadi 14 trek.

Projek penambahbaikan dan ubah suai kemudiannya dilakukan dan ia memakan masa selama 15 tahun, berjaya disiap sepenuhnya sebelum Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Britain.

9. Stesen Keretapi Liège-Guillemins, Liège, Belgium

liege-guillemins-railway-station-belgium

Arkitek Sepanyol Santiago Calatrava menjadikan seni bina stesen ini sebagai  jelmaan semula menggantikan struktur Beaux Arts yang dibina pada tahun 1958. Binaan versi baru ini menggunakan keluli, kaca, dan konkrit dan ia siap sepenuhnya pada tahun 2009.

10. Estación de Atocha, Madrid

-estacion-de-atocha-madrid

Stesen asal Atocha yang dibina pada tahun 1851 ini telah musnah dalam satu kebakaran dan digantikan dengan binaan baru pada tahun 1892. Atocha menjadi stesen utama di Sepanyol hinggalah pada tahun 1992 ruang legar utama stesen ini ditukar kepada 1 ekar taman tropika.

11. Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai, India

chhatrapati-shivaji-terminus-mumbai-india

Dahulunya dikenali sebagai Victoria Terminus Station, Chhatrapati Shivaji Terminus adalah hasil cantuman seni bina ala gothic dari Victorian Italian dan seni arkitek tradisional India. Pembinaan stesen keretapi ini mengambil masa selama 10 tahun dengan menggunakan tenaga buruh yang ramai dan akhirnya siap sepenuhnya pada tahun 1888.

chhatrapati-shivaji-terminus-mumbai-india-2

Stesen ini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco kerana keunikan senibinanya.

12. Milano Centrale, Milan

milano-centrale-milan

Merupakan stesen ke 2 terbesar di Itali selepas Rome’s Stazione Termini, stesen ini telah dibuka pada tahun 1931. Reka bentuk asal stesen ini mengambil inspirasi dari seni bina Beaux Arts di Washington DC.

Tetapi apabila Mussolini mengambil alih kuasa pemerintahan, beliau mengarahkan ubah suai dilakukan agar ciri-ciri seni bina Art Nouveau dan Art Deco dimasukkan ke dalam reka bentuk sedia ada. Hasilnya adalah stesen keretapi seluas 118,000 kaki persegi ini menjadi seni bina menakjubkan dihiasi marmar, ukiran batu dan 5 bumbung bersambung dari besi tempa dan kaca.

13. São Bento Railway Station, Porto, Portugal

sao-bento-railway-station-portugal

Arkitek José Marques da Silva menjadikan kota Paris sebagai inspirasi sewaktu mereka bentuk bahagian depan dan bumbung bangunan ini yang dibuka pada tahun 1916 di bandar ke 2 terbesar di Portugal ini.

sao-bento-railway-station-portugal-2

Bahagian tengah Stesen Kereta Api São Bento ini telah dicipta oleh pelukis Jorge Colaço. Ia meliputi dinding atrium dengan menggambarkan sejarah Portugal . Walaupun Colaço sering bekerja pada kanvas, teknik yang digunakan di sini melibatkan 20,000 jubin dari jenis kaca seramik . Pelukis ini mengambil masa selama 11 tahun untuk menyiapkan mural ini.

14. Grand Central Terminal, New York

grand-central-terminal-new-york

Seni bina asal The Grand Central telah dibina oleh hartawan pengangkutan Cornelius Vanderbilt pada tahun 1871, tetapi kemudiannya bangunan asal ini telah dirobohkan pada tahun 1903. Binaan ke 2 siap pada tahun 1913. Terkenal dengan ruang legar yang luas dihiasi dengan tangga marmar yang elegan di kedua-dua hujungnya.

15. Hungerburg Station, Innsbruck, Austria (Hybrid Funicular)

hungerburg-station-austria

Arkitek Zaha Hadid pertama kali mencipta nama beliau di rantau Innsbruck Austria pad tahun 2002 dengan mereka cipta menara lompat ski Bergisel. Kemudiannya beliau kembali dengan reka bentuk garis funikular ini untuk stesen keretapi kabel Nordpark. 4 stesen dibina bagi menggantikan stesen trem berusia 100 tahun. Gambar di atas adalah pemandangan Stesen Hungerburg, stesen yang telah disiapkan pada tahun 2007.

16. Sirkeci Railway Station, Istanbul

sirkeci-railway-station-turki

Merupakan lokasi penghubung antara Istanbul ke Eropah, stesen Sirkeci yang memiliki seni bina mengagumkan ini adalah hasil kombinasi inspirasi seni bina Art Nouveau Perancis dan nilai estetika Uthmaniyyah. Ketika dibuka pada tahun 1890 ia dianggap senibina moden untuk zamannya. Stesen ini menggunkan 300 lampu gas dan dapur jubin yang diimport dari Austria.

sirkeci-railway-station-turki-2

Stesen yang berdiri di kaki Selat Bosporus ini diperbuat dari batu bata di bahagian hadapan bangunan, menara jam dan tingkap kaca berwarna. Merupkan perhentian utama Orient Express, keretapi yang menghubungkan Paris Gare de l’Est ke Turki yang mengambil masa perjalanan selama 80 jam. Walaubagaimana pun perkhidmatan Orient Express ini dihentikan pada tahun 1977.

17. Antwerpen-Centraal Station, Antwerp, Belgium

antwerpen-centraal-station

Ruang menunggu di stesen ini yang siap sepenuhnya pada tahun 1905 di hias mewah dengan lebih dari 20 jenis marmar. Ditambah dengan tingkap tinggi dan bumbung berkaca melengkung menjadikan seni bina stensen ini kelihatan mewah.

antwerpen-centraal-station-2

Kerja-kerja membaik pulih stesen ini pada tahun 2009 menjadikan ia kembali kelihatan menarik dan klasik.

18. Haydarpaşa Railway Station, Istanbul

haydarpasa-railway-station-istanbul-turkey

Meski pun kurang terkenal berbanding stesen Sirkeci di Istanbul, Haydarpaşa tapi tidak kurang hebat dari segi binaannya serta mempunyai kelebihan dari segi lokasinya yang dibina di atas tanah yang ditebus guna diSela t Bosporus, menjadikan stesen ini dikelilingi air dari 3 sudut. Reka bentuk neoklasik bangunan ini adalah hasil sentuhan arkitek Jerman Otto Ritter dan Helmut Conu, telah dirasmikan pada tahun 1909 pada hari keputeraan Sultan Mehmed V yang memerintah ketika itu.

haydarpasa-railway-station-istanbul-turkey-2

Walaupun Haydarpaşa ditutup pada tahun 2012 bagi tujuan pemulihan dan pembangunan keretapi berkelajuan tinggi, ia masih kelihatan mengagumkan jika dilihat daru bahagian luar terutama jika anda sedang melihatnya dari atas sebuah bot.

Sumber : ArchitectureAndDesign

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram