Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejadian banjir teruk yang telah melanda di kawasan Pahang telah menyebabkan lima stesen minyak di bandar Kuala Lipis gagal beroperasi seperti biasa kerana ditenggelami air.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berkerjasama dengan Petronas dan Pejabat Daerah Lipis untuk menyediakan sebuah lori tangki minyak mudah alih, Petronas ROVR bagi membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan minyak.

Petronas ROVR mula diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2019 yang lalu. Lori tangki minyak mudah alih ini mampu memuatkan sebanyak 4,000 liter minyak manakala model saiz besar boleh memuatkan sebanyak 11,000 liter minyak.

rovr_01-950×634

vocket-stesen-minyak-bergerak-rovr

Sumber Gambar: Facebook Page KPDNHEP

Tambah KPDNHEP lagi, pihak mereka sedang berbincang dengan PETRONAS untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ‘stesen minyak bergerak’ ini di kawasan dan negeri lain yang terjejas akibat banjir.

Semoga lebih banyak lagi lori Petronas ROVR boleh beroperasi pada kawasan dan negeri lain bagi memudahkan orang ramai mendapatkan minyak kenderaan dan mengurangkan risiko ketika meredah air banjir.

Tahukah anda perbuatan membawa kenderaan mengharungi banjir boleh menyebabkan kerosakkan pada kenderaan? Baca pautan dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir

‘Nasib Baik Ada Hilux’ – Permaisuri Agong Kongsi Gambar Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir

Hanya Bumbung Sayup Kelihatan, Siti Nurhaliza Sebak Lihat Sekolah Lama Dilanda Banjir

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

 

 

Anda Mungkin Suka