Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat Apple sejak daripada dahulu lagi, pastinya anda cukup kenal dengan individu Steve Wozniak yang merupakan sidekick kepada Steve Jobs.

Untuk pengetahuan anda, Steve Wozniak merupakan individu yang bertanggungjawab membangunkan produk-produk awal keluaran Apple. Dipandang sebagai manusia yang penuh dengan penuh inovasi, Steve Wozniak baru-baru ini telah mengumumkan beliau telah menjual semua bitcoin miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

103380615-GettyImages-475601170.1910×1000

Memegang nilai bitcoin yang banyak dikatakan membuatkan kehidupan beliau menjadi terikat berikutan perubahan harga yang tidak menentu. Memilih untuk menjual kesemua bitcoin miliknya sekaligus membuatkan beliau lebih bahagia.

Berdasarkan laporan, Steve Wozniak tidak mengumumkan jumlah bitcoin yang dijual namun mengetahui beliau mendapatkan 1 BTC pada kadar $700 (~RM2708.30) beberapa tahun yang lalu pastinya membolehkan beliau memperoleh keuntungan melebihi 15 kali ganda.

Steve-Wozniak-Bails-on-Bitcoin

Dalam pada itu, Steve Wozniak masih lagi positif dengan perkembangn kripto wang serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi disebaliknya. Buat anda yang memilih untuk melabur dalam kripto wang, pastikan anda mempunyai pelan yang utuh sebelum mula melabur.

Sumber