Ketika Hollywood sedang mendapatkan cerita persaingan di antara Steve Jobs dan Bill Gates, Steve Wozniak menyaksikan kisah itu terjadi di hadapan matanya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wozniak adalah pengasas bersama dan genius teknikal di belakang Apple. Dalam tugasnya, beliau adalah orang yang membawa visi Steve Jobs menjadi nyata. Sepanjang pembabitannya, beliau mengenali Jobs dan Gates dengan rapat dan menyaksikan bagaimana Apple dan Microsoft bergabung tenaga dan menjadi pesaing.

Steve Wozniak menjelaskan tentang perbezaan Jobs dan Gates dalam temu bual untuk rancangan saluran National Geographic, American Genius:

“Steve Jobs [mempunyai] visi futuristik yang terkehadapan, hampir menyerupai sains fiksyen, ‘Hidup boleh jadi begini,’ tetapi Bill Gates mempunyai keupayaan pelaksanaan untuk membina perkara-perkara yang diperlukan sekarang, untuk membina syarikat sekarang, membuat keuntungan sekarang, dalam jangka masa pendek,” jelas Wozniak. “Saya fikir itu adalah perbezaan terbesar di antara mereka berdua.”

Wozniak berkata, walaupun Jobs mungkin lebih terkenal sebagai watak penting dalam kisah kebangkitan komputer peribadi, Gates adalah orang yang benar-benar memahami bagaimana untuk membuat wang.

“Anda memerlukan wawasan seperti yang Steve Jobs ada, tetapi wawasan itu tidak akan ke mana-mana sekiranya anda terus membina produk sebelum ianya kos efektif dengan apa yang ia mampu lakukan, sebelum ianya mampu memberikan pulangan kepada pelaburan yang dilakukan,” kata beliau lagi.

Ketahui lebih lanjut tentang siri “American Genius: Jobs vs. Gates” di sini.

BACA: Buku Ini Banyak Mempengaruhi Gaya Pemikiran Steve Jobs

BACA Lagi: Bill Gates Membuat 15 Ramalan Pada Tahun 1999 Dan Ketepatannya ‘Menakutkan’

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram