Siapa kata produk buatan Malaysia tidak mampu menembusi pasaran antarabangsa? Buktinya satu syarikat yang bertapak di Senawang, Negeri Sembilan telah mencipta satu produk yang membantu mengekalkan kesegaran buah dan kini semakin terkenal di Amerika Syarikat iaitu Stixfresh.

Zhafri Zainudin bekerjasama dengan Moody Soliman dan Steve Hulteng untuk mencipta pelekat Stixfresh yang mampu memperlahankan proses ‘penuaan’ buah-buahan. Menariknya, pelekat tersebut boleh dimakan sekali bersama buah tersebut kerana diperbuat daripada campuran lilin lebah. Hasil kajian dan penyelidikan mendapati kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat Stixfresh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zhafri Zainudin berkata beliau mula mendapat idea untuk menghasilkan produk ini apabila mendengar keluhan rakannya yang mengusahakan gerai buah-buahan sering berhadapan dengan kerugian akibat buah-buahan yang cepat membusuk.

Menurut laporan, Stixfresh akan berusaha untuk menyediakan pelekat untuk membantu mengekalkan kesegaran pada buah beri dan sayur-sayuran pula selepas ini. Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang pelekat magik ini dan sedikit masa lagi, pasti akan digunakan dengan lebih meluas di seluruh dunia. Tahniah Stixfresh!