Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kali ini, Honor berkolaborasi dengan jenama fesyen Stoned & Co tampil dengan rekaan cukup eye-catching pasti menarik minat ramai orang. Sebelum ini, Honor telah perkenalkan Honor 9X dan kini hadir dengan Honor 9X edisi khas Stoned & Co.

Dapat dilihat Honor 9X edisi ini tampil dengan rekaan khas daripada Stoned & Co pada kotak dan juga telefon pintar. Walaupun Honor 9X edisi khas ini kolaborasi dengan Stoned & Co, tetapi harga telefon pintar ini kekal sama dengan model Honor 9X yang biasa iaitu RM999 sahaja.

2

Adalah diingatkan bahawa Honor 9X edisi khas ini akan hadir dalam kuantiti yang terhad. Rugi jika anda tidak rebut peluang untuk dapatkan model yang cukup istimewa ini kerana hanya 200 unit yang tersedia dimana 100 unit di sini, manakala 100 unit lagi di Honor Experience Store, Sunway Pyramid.

Apa kata anda gayakan Honor 9X edisi terhad ini dengan Honor MagicWatch 2 yang pastinya akan membuatkan anda kelihatan bergaya. Honor MagicWatch 2 adalah jam tangan pintar terbaharu yang menawarkan bateri hayat sehingga 14 hari.

Difahamkan, ia memiliki storan dalaman sebanyak 4GB dan juga dilengkapi dengan Bluetooth, GPS serta kalis air. Bagi model ini, ia dikuasakan oleh cip Kirin A1 dan berfungsi sebagai alat kesihatan dengan 15 mod kecergasan.

HONOR MagicWatch 2

Harga bagi jam tangan ini adalah RM699 sahaja. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar edisi terhad dan jam tangan pintar ini boleh didapati di pasaran secara rasmi esok.

Jika anda ingin beli jam tangan pintar tersebut, anda boleh dapatkan di laman rasmi HONOR, kedai fizikal HONOR Experience Store, dan juga di Shopee. Malah, anda boleh layari laman sesawang ini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk ‘awesome’ ini.

Produk daripada Honor memang memiliki keupayaan yang luar biasa dan harganya memang mampu milik. Tidak percaya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Keupayaan ‘Quad Camera’ Honor 20 Pro Yang Menakjubkan

Vocket Cerita: Honor 20 Pro, Menyelesaikan Kerja Anda

Ini Tip Ambil Gambar Ketika Melancong Untuk ‘Beginner’

Anda Mungkin Suka