Strain yang sangat mirip dengan COVID-19 telah ditemui oleh para saintis di China pada tahun 2013, di sebuah lombong yang ditinggalkan. Strain ini mempunyai persamaan sebanyak 96.2 % dengan wabak COVID-19 yang telah membunuh lebih 500,000 orang diseluruh dunia.

Dr. Shi Zhengli telah bertanggungjawab menjalankan kajian mengenai sampel strain ini yang diberi nama RaTG13 dan diperoleh dari kelawar. Penemuan strain yang sangat mirip dengan COVID-19 ini dilaporkan sebagai satu penemuan yang besar dalam mencari bagaimana wabak ini bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam laporan yang ditulis oleh The Sunday Times dan kemudiannya dilaporkan oleh The Sun, strain yang diambil dari kelawar dan tikus ini telah disimpan selama bertahun-tahun di Wuhan Virology Institute, China.

Strain ini dijumpai setelah 6 lelaki pada tahun 2012 mengalami demam, batuk dan radang paru-paru. Separuh daripadanya mempunyai gejala teruk setelah mereka berhenti bekerja.

Laporan itu menyebut bagaimana 4 dari 6 lelaki diuji positif dengan wabak coronavirus, manakala 2 lagi lelaki telah mati sebelum sempat diperiksa.

Dr Shi Zhengli yang berpangkalan di Institut Virologi Wuhan, pada bulan Februari telah menulis makalah akademik mengenai virus corona jenis baru. Bagaimanapun, salah seorang rakan lama Dr. Shi menuduh maklumat mengenai sampel RaTG13 itu tidak dikongsi.

Laporan ini datang setelah Presiden AS Donald Trump pada bulan April lalu telah menuduh bahawa COVID-19 berasal dari Wuhan Virology Institute. Dia menambah bahawa pihak berkuasa AS akan mencari dari mana permulaan wabak ini bermula sambil menyatakan “Terdapat banyak teori dan hanya China boleh memberitahu kita,” kata Trump.

Presiden AS ke-45 juga mengumumkan pada bulan Jun lalu bahawa dia akan menghentikan segala bantuan kewangan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana dia menganggap institusi tersebut menyebelahi China.

Sebagai pusat perubatan penyakit berjangkit terbesar di dunia, Institut Virologi Wuhan dikatakan telah melakukan eksperimen berisiko tinggi bagi memahami mekanisme yang mampu memulakan pandemi.

The Sunday Times melaporkan bahawa para saintis telah mengumpulkan ratusan sampel virus corona dari kawasan terpencil di China dan membawanya ke bandar.

Namun dalam satu kenyataan, Institut Virologi Wuhan menyatakan bahawa eksperimen tersebut telah ditangguhkan kerana mereka tidak percaya strain itu cukup mirip dengan virus SARS.

Bagi para saintis luar negara, mereka meragui alasan yang dikemukan oleh Institut Virologi Wuhan. Apa yang berlaku sebenarnya berbeza dari apa yang telah dikemukan oleh makmal.

“Sekiranya anda benar-benar merasakan anda mempunyai virus baru yang mampu membunuh manusia, maka anda pasti akan melakukan sesuatu,” kata Nikolai Petrovsky dari Flinders University di Adelaide, Australia.

Terdahulu, penyelidik telah mengesan wabak selsema babi jenis baru yang dikesan di China dan ia berpotensi menjadi pandemik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik

Doktor Yang Dilarang Sebar Kes COVID-19 Kini Terima Penghargaan Tertinggi Kerajaan China

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan