Perkongsian seorang strategist bisnes.

Dato’ Zaihal Hazri Abdul Halim menceritakan bagaimana bakat entreprenuer wujud dalam diri beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya wujud sedari beliau masih bersekolah lagi. Dan ia berlanjutan sehingga beliau belajar di Universiti.

Dato' Zaihal
Dato’ Zaihal

Beliau memandang, setiap MASALAH adalah PELUANG dan DUIT.

Saya tertarik dengan perkongsian beliau bilamana ketika beliau belajar di universiti, sewaktu orientasi, semua pelajar dikehendaki membuat pemeriksaan X-ray dan harus menyediakan 2 keping gambar.

Ketika itu, kekangan pelajar adalah pengangkutan untuk pergi membuat perkara-perkara tersebut.

Apa yang beliau nampak ketika itu adalah Peluang.

Apa yang beliau buat?

1. Beliau pergi ke sebuah klinik. Beliau tanyakan kepada doktor tersebut, untuk menjalani X-ray untuk 600 orang (jumlah pelajar baru yang mendaftar), berapakah cajnya?

2. Doktor memberitahu, RM40 seorang.

3. Beliau katakan kepada doktor, jika saya membawa 600 orang pelajar ke klinik doktor, bolehkah doktor caj RM30 dan RM10 komisen saya? Doktor tersebut bersetuju.

4. Dan minggu itu, klinik tersebut tutup 3 hari untuk memberi laluan kepada pelajar universiti seramai 600 orang tersebut.

5. Dalam 3 hari, beliau menjana pendapatan RM6K hasil dari membawa pelajar membuat X-ray.

Ianya tidak berhenti di situ.

Beliau seterusnya, cuba hubungi kedai foto dan menanyakan jika mereka boleh datang ke universiti untuk ambil foto pelajar seramai 600 orang. Dan dari setiap mereka, beliau meminta komisen RM5.

Hasil daripada masalah orang tersebut, minggu itu sahaja beliau menjana pendapatan hampir RM10K.

Dato’ sempat kongsikan, beliau bukan seorang yang suka membuat produk. Itu bukan dirinya. Beliau lebih tahu bagaimana hendak membuat DUIT. Beliau seorang strategist.

Ketika beliau ambil alih syarikat ubat gigi Mu’min, syarikat tersebut berada dalam keadaan tenat.

Kini, setelah beberapa tahun, syarikat tersebut menjana pendapatan RM3 juta sebulan.

Kata Dato’, untuk membina jenama lebih SUKAR daripada mengambil alih syarikat yang sudah mempunyai JENAMA yang dikenali.