Sebuah lagi tahun yang gemilang buat Rovio. Mereka berjaya membuatkan Angry Bird kekal releven di dalam pasaran untuk tahun ke-8 dan kini Rovio nampaknya sudah bersedia untuk disenaraikan di dalam IPO seawal bulan hadapan setelah hampir 14 tahun beroperasi. Apakah resepi dan bagaimana Rovio mampu berjaya sehingga tersenarai bakal disenaraikan di IPO?

Ini kisah dan bagaimana syarikat digital ini berjaya mendapat durian runtuh setelah 6 tahun beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkembangan Rovio sejak mula diperkenalkan

1271033 – THE WALK

Syarikat yang menjadi fenomena pengguna smartphone sekitar tahun 2009 dengan permainan Angry Bird ini ternyata telah bermula dengan lebih awal sebelum mula dikenali ramai iaitu pada tahun 2003. Produk-produk atau aplikasi keluaran mereka sebelum 2009 semuanya seolah tidak menjadi sehinggalah mereka menerima durian runtuh hasil daripada permainan Angry Bird.

Saya masih ingat lagi, pada waktu tersebut, boleh dikatakan majoriti pengguna pernah cuba atau menyimpan permainan ini di dalam telefon pintar mereka tidak mengira lapisan umur.

Dalam pada itu, meskipun konsisten berada di dalam carta aplikasi paling banyak dimuat turun Android dan iOS, Rovio terpaksa menerima hakikat dimana tahun 2015 merupakan tahun yang mencatatkan kerugian buat mereka.

Angry Birds Movie

Difikirkan sudah tidak lagi releven atau out of trend, syarikat ini berjaya menghasilkan Angry Bird Movie. Semuanya seakan berubah setelah filem ini dilancarkan dimana Rovio mengumumkan syarikat mereka untung sebanyak $20.54 juta pada tahun 2016.

Berdasarkan laporan Bloomberg, pelan untuk membawa syarikat Rovio ke IPO ini bakal disenarai seawal bulan hadapan. Dengan nilai IPO setinggi $2 billion, syarikat ini bakal memperoleh kenaikan sebanyak $400 juta hasil daripada local public listing.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Rovio ‘dilamar’ oleh orang luar bagi meningkatkan nilai serta memantapkan syarikat mereka. Sekitar bulan Jun pada tahun ini, Tencent selaku syarikat komunikasi hebat China turut berminat untuk mendapatkan Rovio dengan nilai pembelian setinggi $3 billion namun ditolak Rovio atas sebab-sebab tertentu.

Pemilihan Produk

handmade_angry_birds_plush_toy_11

Dari segi perkembangan produk pula, Rovio sememangnya syarikat yang boleh dicontohi. Tidak hanya selesa dengan produk utamanya iaitu permainan Angry Bird, syarikat ini terus komited menghasilkan lebih banyak lagi siri permainan Angry Bird khusus buat para peminat.

Dari segi merchandise pula, Rovio telah memilih Hasbro selaku rakan kongsi untuk menghasilkan plush toys serta mainan berkualiti tinggi khususnya buat golongan kanak-kanak kecil.

Selain itu, Rovio turut menghasilkan Angry Bird Movie. Berdasarkan angka penjualan tiket Angry Bird Movie, jelas Angry Bird mempunyai peminat yang ramai serta content marketing mereka berjaya setelah lebih ramai pengguna yang memuat turun permainan mereka berikutan filem tersebut.

Pemilihan pelanggan

maxresdefault

Satu perkara yang saya sangat tertarik mengenai Rovio adalah bagaimana syarikat ini berjaya menghasilkan sebuah produk dimana peminatnya hadir daripada pelbagai lapisan umur.

Bermula dengan generasi-Y yang mula bermain di telefon pintar mereka diikuti dengan generasi-Z dan kini syarikat ini mula mempunyai peminat daripada generasi alpha. Jelas syarikat ini sudah sedia dengan strategi untuk bertahan lama di dalam pasaran.

AngryBirdsKids

Mungkin agak sukar untuk sesebuah syarikat digital khususnya permainan telefon yang mengekalkan watak dan konsep yang sama agar kekal releven di dalam pasaran untuk jangka masa yang lama namun Rovio berjaya membuktikannya.

Melihat kepada pelan Rovio untuk memasuki IPO, jelas syarikat ini tidak lain dan tidak bukan mahu meningkatkan lagi cabang produk dan kualiti syarikat mereka agar lebih ramai pengguna yang tertarik dengan produk mereka.

Apa lagi pelan Rovio untuk cetus fenomena lagi selepas ini? Sama-sama kita nantikan. Saya ingin mengucapkan  all the best Rovio. Semoga syarikat ini berjaya menjadi model buat syarikat-syarikat digital lain dalam mengikuti jejak langkah yang sama.

Baca lagi: Burger McDonalds Edisi Khas ‘Angry Birds’ Ini Sungguh Menarik

Sumber