Hampir sedekad lalu, jenama Crocs berjaya menggegarkan industri footwear dengan menampilkan kasut ‘getah’ yang hadir dengan pelbagai warna. Menawarkan rekaan yang selesa, simple dan tahan lasak antara yang membuatkan model keluaran Crocs menjadi kegilaan ramai.

Model ini turut menjadi peminat aksesori dengan penawaran button untuk diletakkan pada Crocs mereka. Walaubagaimanapun, jenama ini semakin dilupakan ramai berikutan tiada lagi model baru yang mampu membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkannya.

Untuk terus kekal untung dan releven sehingga kini, Crocs baru-baru ini telah hadir dengan dua strategi bagi menjamin kestabilan syarikat.

1. Menutup kilang di Mexico dan Itali

gettyimages-73390963-e1533919972733

Dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi, Crocs telah memilih untuk menutup dua buah kilang mereka yang bertempat di Mexico dan Itali. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi malah bersesuaian dengan keadaan syarikat yang kini mengeluarkan jumlah bilangan kasut yang agak rendah berbanding sedekad lalu.

2. Mengurangkan jumlah rangkaian kedai

crocs-last-facility-closed

Kegagalan dalam menampilkan model baru sekaligus turut menjejas penjualan jenama ini sehingga membuatkan Crocs baru-baru ini terpaksa menutup hampir 132 rangkaian kedai seluruh dunia. Malah, syarikat ini turut terpalit dengan berita palsu dimana Crocs dilaporkan bankrap.

Difahamkan 132 daripada 530 rangkaian kedai Crocs yang ditutup ini dibuat berikutan kegagalan dalam mencapai jumlah jualan atau KPI yang ditetapkan. Bagi mengelakkan kerugian Crocs telah memilih untuk mengurangkan kos operasi mereka.

Isu melibatkan barangan tiruan yang melanda jenama ini sejak sekian lama turut memberi kesan kepada Crocs. Terbaru, Balenciaga selaku jenama mewah turut mengeluarkan sebuah kasut yang mempunyai DNA yang hampir sama dengan Crocs sekaligus turut memberi impak yang negatif buat jenama ini.

Balenciaga Yellow

Pada kami, kegagalan untuk menampilkan model baru yang mampu menarik perhatian antara yang menjadi punca utama. Model yang menjadi trend suatu ketika dahulu kini tidak lagi menjadi pilihan dan Crocs gagal untuk memanfaatkan peluang yang ada untuk bangkit semula.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group