Permainan arked yang popular zaman 80an dan 90an iaitu Street Fighter nampaknya sekali lagi bakal mengeluarkan drama TV bersiri. Siri TV Street Fighter ini bakal menumpukan berdasarkan jalan cerita pada permainan arked iaitu World Warrior dari Street Fighter II.

Pada siri kali ini watak-watak terkenal dari permainan iaitu Ryu, Ken, Guile dan Chun-Li antara yang bakal membuat penampilan. Misi mereka tidak lain dan tidak bukan untuk menumpaskan M. Bison selaku ketua jahat yang menjalankan Shadaloo selaku organisasi jenayah antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini siri TV ini masih belum diumumkan bakal ditayangkan di mana-mana rangkaian channal atau penstriman. Sama-sama kita nantikan siri daripada game legend ini.  Kami harap siri live action ini tidak menjadi hambar sepertimana Dragon Ball Evolution.