Beberapa hari ini kecoh berkenaan kerajaan tempatan Bangkok yang ingin mengharamkan penjualan makanan oleh gerai-gerai di tepi jalan di bandar berkenaan. Tetapi ianya telah disalah tafsir oleh media dan perkara yang sebenarnya adalah pemilik gerai-gerai ini masih boleh berniaga tetapi bersyarat.

Penasihat kerajaan Bangkok, Wanlop Suwandee berkata Bangkok Metropolitan Administration (BMA) dalam usaha untuk membersihkan 50 kawasan makanan jalanan di Bangkok di samping mengembalikan jalan kaki lima kepada pejalan kaki. Kawasan tumpuan pelancong terkemuka seperti Yaowarat and Khao San Road akan diberi lebih perhatian.

Dalam langkah Bangkok Metropolitan Administration (BMA) untuk meningkatkan kebersihan keselamatan serta kesihatan para pelancong terjamin di bandar Bangkok, gerai-gerai ini mungkin akan ditutup sementara waktu sahaja atau secara berperingkat untuk proses pembersihan kaki lima dan jalan.

https://www.instagram.com/p/BTFpqF5BpU0/

Penduduk tempatan berpendapat kenyataan Suwandee telah disalah tafsir oleh media dan tiada penutupan secara penuh akan berlaku kepada gerai makanan jalanan di Bangkok. Cumanya, kemungkinan besar akan ada kawasan khas untuk berniaga dan waktu untuk mula beroperas. Peraturan baru yang akan ditetapkan ini adalah untuk meningkatkan lagi keselesaan dan experience pelancong dalam menyusuri keindahan bandar Bangkok.

Setelah dinobatkan bandar terbaik untuk makanan jalanan oleh CNN dua tahun berturut-turut, ianya satu langkah penambahbaikan yang baik untuk bandar Bangkok. Rugi jika pihak kerajaan tempatan secara total ingin menutup terus gerai-gerai ini yang menjadi salah satu punca tarikan pelancong terbang ke Bangkok setiap tahun. Bagi yang sudah biasa ke kota Bangkok, ada gerai tepi jalan yang halal dan menarik yang biasa anda pergi ketika di sana? Boleh kongsi di ruangan komen.