Bagi yang sedang mencari stroller untuk anak kecil atau bayi anda, bagaimana nak tahu stroller itu selesa untuk anak anda ataupun tidak?

Bagi syarikat Kolcraft, mereka telah mencipta stroller model popular mereka, Contours Bliss versi dewasa ini di mana anda boleh cuba sendiri stroller berkenaan. Kiranya anda boleh test drive dahulu stroller berkenaan sebelum membelinya untuk anak anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Presiden Kolcraft, Tom Koltun berkata stroller gergasi itu dibina untuk memberi ibu bapa idea bagaimana perasaan anak mereka ketika menggunakan stroller keluaran syarikat itu.

“Kami membina stroller gergasi ini untuk orang dewasa mengalami sendiri perasaan menaiki stroller Contours ini. Ianya telah dibina secara terperinci dengan menitikberatkan keselesaan dan keseronokan bayi ketika menaiki stroller ini,” tambah Tom.

Ini barulah betul-betul customer service yang bagus. Syarikat berkenaan mendapat banyak request dari ibu bapa yang mahu test drive stroller gergasi ini. Nampak macam fun sahaja, mestilah ramai yang mahu cuba. Kalau nak beli boleh lah klik di sini. Untuk bayi anda sahaja. Maaf, versi untuk dewasa ini bukan untuk dijual.

baby bigg