Pada sekitar pukul 8.30 pagi tadi, satu kemalangan telah berlaku di Persiaran Alam Damai yang mengakibatkan sebuah kereta yang melalui dibawah kawasan pembinaan Lebuharaya SUKE hancur remuk.

Kejadian tersebut melibatkan empat orang mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan yang memandu kereta Perodua Bezza mengalami kecederaan parah akibat dihempap besi kren launcher.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan. Dua daripada mereka telah terjatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehingga kini kerja-kerja menyelamat kini giat dijalankan disebabkan terdapat seorang lagi mangsa masih tersangkut di atas landasan pembinaan lebuh raya.

Pada awal bulan ini, dua orang maut apabila sebuah treler melanggar perancah besi telah meruntuhkan jejambat lalu menghempap sebuah van kilang.

Dua Individu Maut, Suspek Pelanggar Jejambat Lebuhraya MRR2 Disahkan Positif Dadah

Mahu Jimatkan Kos Pembinaan, Rekaan Stesen MRT Jinjang Terima Pelbagai Respon Netizen