Sebagai salah sebuah negara yang mempunyai liga bola sepak antara yang terbaik di Asia, Jepun melalui Japan Football Association (JFA) dan J.League telah merangka pelbagai rancangan untuk memastikan matlamat mereka terus mempunyai legasi yang panjang.

Oleh yang demikian, struktur lapisan bola sepak seluruh Jepun perlu diambil perhatian serius selari dengan hala tuju yang telah ditetapkan. Struktur ini sangat penting kerana kegagalan untuk melaksanakannya dengan betul bakal mengundang kesan buruk kepada pasukan kebangsaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Entiti Utama Liga Bola Sepak Jepun

Terdapat beberapa entiti utama dibawah naungan JFA, terdapat 5 entiti utama yang menjayakan liga-liga bola sepak utama Jepun.

  • Japan Professional Football League (J.League)
  • Japan Football League (JFL)
  • Japan Women’s Football League
  • Japan Universiti Football Association (JUFA)
  • 9 Regional Football Association
  • 47 Prefectural Football Association

1) Japan Professional Football League (J.League)

Lebih dikenali sebagai J.League, liga utama bola sepak Jepun ini dimulakan pada Mei 1993 dengan hanya 10 pasukan profesional yang digelar ‘Original 10’.

GettyImages-645476034-800×534

Sehingga sekarang, J.League sudah mempunyai 3 divisyen iaitu J1 League – 18 pasukan, J2 League – 22 pasukan dan J3 League 17 pasukan termasuk 3 pasukan U23 iaitu Gamba Osaka U23, FC Tokyo U23 dan Cerezo Osaka U23.

2017-11-06_0-26-39

Secara keseluruhannya, J League mempunyai 57 pasukan bertanding.

2) Japan Football League (JFL)

Japan Football League merupakan sebuah liga divisyen 4 Jepun serta liga bola sepak amatur paling berprestij di Jepun.

2017-11-06_2-35-50
Honda FC pasukan paling berjaya dalam JFL

JFL dimulakan pada tahun 1999 ketika J2 League diperkenalkan dan pada ketika itu JFL memegang status sebagai liga divisyen 3 Jepun sehingga kewujudan J3 League pada 2014.

Pada ketika ini JFL mempunyai 16 pasukan bertanding, dengan hanya 5 kelab berstatus ‘J.League 100 Year Vision’ dan hanya 2 kelab mempunyai lesen J3 League.

2017-11-06_0-55-19

Pada tahun 2013 dan 2014, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah beraksi dalam JFL bersama kelab dari kepulauan Okinawa – FC Ryukyu. Ketika ini FC Ryukyu beraksi dalam saingan J3 League.

Pernah juga kami menerima maklumat bahawa Liew Kit Kong pernah juga beraksi bersama kelab Briobecca Urayasu, Chiba beberapa tahun lalu.

3) Japan University Football Association (JUFA)

JUFA adalah sebuah persatuan yang bertanggung jawab untuk mengendalikan liga bola sepak peringkat universiti di Jepun.

Dibawah JUFA, terdapat 9 sub region yang telah ditetapkan. Setiap sub region akan mempunyai liga dibawah kelolaan JUFA sub region itu sendiri seperti dibawah. Selain itu juga, pemain-pemain diperingkat ini akan terlibat dengan Indipendence League (I-League) dan juga Piala Perdana Menteri Jepun.

20160404027

JUFA Hokkaido
– Divisyen 1, 7 pasukan
– Divisyen 2, 8 pasukan
– Divisyen 3, 8 pasukan

JUFA Tohoku
– Divisyen 1, 8 pasukan
– Divisyen 2A, 9 pasukan
– Divisyen 2B, 11 pasukan

JUFA Kanto
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 12 pasukan

JUFA Hokushinetsu
– Divisyen 1, 8 pasukan
– Divisyen 2A, 5 pasukan
– Divisyen 2B, 4 pasukan

JUFA Tokai
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 8 pasukan

JUFA Chugoku
– Divisyen 1, 10 pasukan
– Divisyen 2, 11 pasukan

JUFA Kansai
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2A, 10 pasukan
– Divisyen 2B, 10 pasukan
– Divisyen 3, 6 pasukan

JUFA Shikoku
– Divisyen 1, 6 pasukan
– Divisyen 2, 6 pasukan

JUFA Kyushu
– Divisyen 1, 12 pasukan
– Divisyen 2, 12 pasukan

Secara keseluruhannya, Liga JUFA seluruh Jepun mempunyai 207 pasukan bertanding!

4) 9 Regional Football Association

Selain itu, langsung dibawah naungan JFA, 9 buah persatuan bola sepak regional diwujudkan untuk menganjurkan liga mengikut region/wilayah masing-masing.

22406298_1801528216812966_7986580235493431759_n
Tegevajaro Maiyazaki FC adalah pendahulu Kyushu Soccer League ketika ini

Hokkaido Soccer League

  • Mempunyai 1 divisyen dengan 8 pasukan bertanding.

Tohoku Syakinjin Soccer League

  • Memiliki 3 divisyen iaitu Divisyen 1, Divisyen 2 Utara dan Divisyen 2 Selatan
  • 10 pasukan bertanding dalam setiap divisyen
  • Jumlah pasukan bertanding: 30 pasukan

Kanto Soccer League

  • Mempunyai 2 divisyen sahaja.
  • Setiap divisyen melibatkan 10 pasukan bertanding
  • Jumlah pasukan bertanding: 20 pasukan

Hokushinetsu Football League

  • Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
  • Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
  • Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan

Tokai Syakaijin Soccer League

  • Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
  • Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
  • Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan

Kansai Soccer League

  • Wilayah ini mempunyai liga 2 divisyen
  • Setiap divisyen mempunyai 8 pasukan bertanding.
  • Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan

Chugoku Soccer League

  • Hanya memiliki liga 1 divisyen dengan 10 pasukan bertanding.

Shikoku Syakaijin Soccer League

  • Wilayah Shikoku pula mempunyai 8 pasukan bertanding dalam 1 divisyen sahaja

Kyushu Soccer League

  • 11 pasukan bertanding dalam liga 1 divisyen dalam wilayah Kyushu.

Untuk 9 regional league ini, secara keseluruhannya ada 135 pasukan bertanding!

5) 47 Prefectural Football Association

Pada peringkat prefecture pula, seperti yang kita tahu, Jepun mempunyai 47 buah prefecture, dan setiap prefecture ini mempunyai liga mereka yang tersendiri.

Kami masih dalam proses mengumpulkan semua data mengenai liga pada peringkat ini sehingga sekarang. Setakat ini, kami berjaya untuk mengenalpasti setiap liga prefecture ini mempunyai beberapa divisyen dan tidak kurang dari 6 hingga 10 pasukan untuk setiap divisyen.

Kami mengambil Fukuoka-ken Syakinjin Soccer League sebagai contoh. Liga ini mempunyai 2 divisyen – Divisyen 1 (6 pasukan) dan Divisyen 2 (11 pasukan).

Pasukan Divisyen 1:

Omuta VJF SC
Barisan pemain Omuta VJF SC yang kini beraksi dalam Divisyen 1, Fukuoka-ken Syakaijin League
  • Miyake Club
  • Koyo Club
  • Kurume Azalea FC
  • Nanakuma Tombies FC
  • Omuta VJF SC
  • Kasuga Eagles FC

Pasukan Divisyen 2:

Scarecrow Kitakyushu FC
Kesebelasan utama pasukan Scarecrow Kitakyushu FC
  • Passcharise FC
  • FC Elan
  • Adi FC
  • Sumiyoshi Club
  • Chiyo SC
  • Fukuoka Bank SC
  • Orient FC Bonanza
  • Artesan
  • Scare Crow Kitakyushu FC
  • Shatous Fukuoka FC

Juara divisyen 1 Fukuoka-ken Syakaijin League akan layak beraksi dalam satu kejohanan/play off untuk menentukan pasukan mana akan menjadi juara Kyushu Regional dan seterusnya beraksi dalam Kyushu Soccer League.

Ini adalah struktur bagaimana Jepun membangunkan sistem bola sepak mereka.

Maka tidak hairanlah hasil dari pertandingan membuahkan hasil yang positif apabila mereka telah layak ke Piala Dunia 6 kali berturut-turut dan juga sentiasa ‘eksport’ bakat-bakat mereka untuk beraksi di eropah.