Universiti Malaya (UM) yang selalu dianggap antara universiti terbaik di Malaysia kini menjadi bualan masyarakat maya selepas didakwa mencuri hasil kerja salah seorang pelajar Doktor Falsafah atau PhD. Lelaki itu mendakwa bahawa kajiannya telah diambil tanpa pengetahuan beliau dan segala penat lelah beliau selama ini hanyalah sia-sia apabila UM memberitahu bahawa hasil kerja beliau kini adalah milik UM.
Melalui video yang berdurasi lebih daripada seminit itu, lelaki yang tidak dinamakan itu telah pun membuat laporan polis terhadap UM. Melalui perkongsiannya, beliau menghabiskan hampir 2 tahun untuk menyiapkan kajian tersebut. Tetapi akhirnya dikecewakan apabila segala kajiannya diambil tanpa pengetahuan beliau.
https://twitter.com/julesjulietta/status/1563830078806839297?s=21&t=nhqYxX230n8mYahOj9Rrzw
“Bila saya datang ke malaysia, saya mengambil kursus inggeris, saya diberitahu bahawa UM adalah universiti yang terbaik. Jadi saya ambil ijazah di UM. Kemudian saya sambung Master di UM. Selepas habis Master, saya rujuk kepada penyelia di UM untuk sambung PhD.
“Kami cuba mendapatkan topik untuk PhD saya dan kami akan mendapat penajaan daripada UM. Jadi saya mulakan kerja dan selepas 2 tahun setengah saya sudah selesaikan semuanya. Tiba-tiba, username dan password saya ditukar.
“Saya bina segala perisian, saya lakukan semua kajian, di dalam dan luar UM. Bila saya hubungi penyelia, mereka beritahu bahawa projek itu kepunyaan UM. Dan selepas pada itu, layanan mereka terhadap saya berubah serta merta. Saya dilayan dengan kasar, dimalukan kerana mereka fikir saya merasa kecewa,” katanya.
Beliau turut mengaku bahawa beliau bukanlah satu-satunya pelajar yang menerima nasib ini. Sudah ramai yang terkena dan tidak kira jika pelajar antarbangsa atau Malaysia. Bila-bila sahaja UM boleh mengambil hasil kerja pelajar dan mendakwa ia kepunyaan universiti. Tambah beliau lagi, ini adalah sebahagian budaya universiti untuk membuat pelajar menarik diri atau berhenti daripada universiti.
“Malangya saya bukan satu-satunya pelajar yang diperlakukan begini. Pelajar Malaysia juga dilakukan sebegini. Dan mereka berhenti selepas 3/4 tahun. Dan ada pelajar yang menghabiskan masa lebih 10 tahun untuk mendapatkan PhD. Ini memang niat mereka daripada mula. mereka ambil hasil pelajar yang sudah bersusah payah, mereka berkelakukan tidak profesional dan tidak beretika agar pelajar berasa kecewa dan menarik diri daripada universiti,” katanya.
Video yang kini tular di media sosial telah ditonton lebih 500,000 kali. Kebanyakan pengguna maya tidak bersetuju dengan sikap UM yang tidak profesional. Sebahagian daripadanya pula bersetuju dengan dakwaan lelaki terbabit sambil mengucapkan terima kasih kerana mendedahkan bagaimana pihak UM mencuri hasil kerja pelajar.
Finally someone say it out loud. Bukan benda baru bila student buat kajian, supervisor dapat nama.
— Ruqaiyah. (@rrruqaiyah) August 28, 2022
Banyak jadi dah.. lecturer curi project students and other lectures.. it just wasn’t talked about publicly
— ✽ Little bulb ✽ 🏴 (@aliahaffandi) August 28, 2022
UM universiti melacur kerja2 student
— Ben (@ewanzme) August 28, 2022
Not only um, some local university pun sama. Kena tahu betul2 kalau dpt penaja utk project tu at the end akan jadi hak siapa?
Lagi satu pilih supervisor yg nk tolong kita bukan nak nama utk dia. Ramai yg stuck kat topic sbb sv suruh cari topic yg bagus boleh “curi” hasil kerja.
— Nur | نۇر (@aadilahanuar) August 28, 2022
Selain itu, di bahagian komen, seorang lelaki ada memuat naik gambar sebahagian daripada undang-undang pemilikan harta intelek (IP) di UM. Undang-undang itu mendakwa bahawa pihak universiti mempunyai hak untuk mengambil mana-mana IP jika kajian itu ditaja oleh pihak UM.
Bagaimanapun, sebahagian pengguna maya memandang bahawa undang-undang itu hanya untuk ‘menghalalkan’ kerja mencuri yang pihak universiti telah lakukan atas hasil penat lelah pelajar.
Student xdpt phd lg. Kalo ye pon nak declare ip tggu la student tu dpt phd n nama ada dlm research paper.
— reen (@adiraaisyah0604) August 28, 2022
bila ambil & discredit student tu namanya mencuri.
— 🇲🇾FjmHlm🇲🇾 (@MohdFijam) August 28, 2022
Terpaling educator la tu, trying to find loopholes here and there to justify yang tindakan mereka itu appropriate and ethical. 🤷♂️
— sykrn 🅙 (@i_sykrn) August 28, 2022
Setakat video itu tular dan laporan ini ditulis, pihak UM masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.
10 universiti tempatan dalam kelompok 110 terbaik asia, Universiti Malaya di tangga ke-9. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
10 Universiti Tempatan Dalam Kelompok 110 Terbaik Asia, Universiti Malaya Di Tangga Ke-9
Baca Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Biadap Ketika Istiadat Konvokesyen