Jika anda menonton siri animasi Ice Age, antara watak yang anda paling akan ingat adalah Scrat, tupai yang terlalu obses dengan buah oak (acorn).

Dalam setiap filem, pasti ada sahaja adegannya yang lucu dalam menyelamatkan buah kesayangannya. Namun dalam setiap filem, tidak sekalipun beliau berpeluang untuk memakan buah kesayangannya itu dengan tenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Studio legenda yang bertanggungjawab menghasilakan siri Ice Age, Blue Sky Studios membuat keputusan untuk menghasilkan adegan terakhir buat watak kegemaran ramai tersebut sebelum studio tersebut ditutup buat selama-lamanya.

Filem pendek 30 saat tersebut dilihat sebagai buah tangan terakhir daripada Blue Sky Studios yang ditutup oleh pihak Disney, 2 tahun selepas syarikat 21st Century Fox dibeli oleh pihak Disney.

Ia dimuat naik oleh satu akaun misteri dengan nama ‘Finale’ dengan menamakan video tersebut ‘The End’. “Di hari terakhir Blue Sky Studios, satu kumpulan kecil artis berkumpul untuk hasilkan adegan terakhir ini. Adegan sebagai ucapan selamat tinggal, daripada kami,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan caption.

Video berkenaan dibuka dengan seketul buah oak berada di atas salji. Selepas itu Scrat muncul dan memegang buah tersebut. Dalam filem Ice Age sebelum ini, Scrat akan cuba ‘menanam’ buah tersebut tetapi kali ini, beliau membuat keputusan untuk makan sahaja buah oak tersebut.

Sejak filem pertama Ice Age ditayangkan buat pertama kali pada tahun 2002, ini adalah kali pertama Scrat dapat makan buah kesayangannya itu. Sebelum ini, pelbagai kejadian lucu dan luar biasa akan terjadi bagi menghalang Scrat makan atau tanam buah kesayangannya itu.

Sedikit sejarah tentang Blue Sky Studios. Studio ini diasaskan pada tahun 1987 dan menjadi pakar dalam menghasilkan efek visual dan kesan khas untuk iklan dan filem. Selain Ice Age, mereka turut menghasilkan filem animasi hebat yang lain antaranya Rio, Robots, Horton hears a Who dan The Peanut Movie.

Untuk filem bukan animasi pula, mereka juga pernah terlibat dalam penghasilan kesan khas untuk filem Alien Resurrection (1997), A Simple Wish (1997), Star Trek: Insurrection (1998) and Fight Club (1999).

Blue Sky Studios menjadi salah satu aset Disney pada tahun 2019. Langit tidak selalunya cerah. Pada tahun 2021, Disney terpaksa membuat keputusan drastik untuk menutup Blue Sky Studios kerana kesan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada syarikat Disney.

Sebelum melabuhkan tirai, staf di Blue Sky Studios merasakan ia adalah satu keperluan untuk memberi pengakhiran gembira buat maskot kesayangan mereka itu.

Walaupun ditutup, legasi Scrat akan diteruskan oleh Disney di mana mereka telah melancarkan music pertama Ice Age: Scrat Tales di Disney+. Terima kasih buat Blue Sky Studios kerana menghiburkan ramai kanak-kanak (serta orang dewasa) dengan karya mereka sebelum ini.

Taman tema MAPS di Perak yang telah ditutup kini sedia untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ditimpa Masalah Kewangan, Taman Tema MAPS Bernilai RM520 Juta Sedia Untuk Dijual

Lepaskan Takhta Demi Kahwini Rakyat Biasa, Bekas Puteri Jepun Kini Bekerja Di Muzium

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini