Tiga studio animasi terkemuka negara menyifatkan, peruntukan RM20 juta melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memupuk bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan digital mampu menaikkan lagi potensi produksi animasi negara.

Pengumuman yang dibuat ketika Belanjawan 2020 berkenaan peruntukan RM 20 juta pada Jumaat lalu diambil berikutan bidang seperti e-sukan, animasi dan seni digital sedang berkembang pesat, sekali gus berpotensi menjana ekonomi negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini dapat dibuktikan dengan melihat jumlah pendapatan keuntungan industri permainan video dunia melebihi $150 bilion (RM627.97 bilion) pada masa ini, yang mana lebih tinggi dari hasil gabungan industri muzik dan filem.

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd (studio disebalik animasi Upin dan Ipin), Burhanuddin Md Radzi, berkata mereka menerima baik pelan kerajaan tersebut kerana ianya secara tidak langsung membantu mempertingkatkan pertumbuhan industri animasi tempatan.

Menurut beliau lagi dalam satu kenyataan akhbar, “Bilangan studio animasi yang berpengaruh masih boleh dibilang dengan jari, selebihnya terpaksa ditutup kerana tidak lagi berdaya saing. Lihat sahaja tahun ini, hanya tiga filem animasi tempatan yang dikeluarkan, iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Boboiboy Movie 2 dan Ejen Ali The Movie.”

“Inisiatif kerajaan ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan pemain industri animasi dan berharap ia membawa faedah untuk kesan jangka panjang,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid pula berharap dana yang diperuntukan dapat dilaburkan secara berkesan bagi menggalakkan lagi pertumbuhan industri animasi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios yang juga pengarah Boboiboy The Movie 2, Nizam Abdul Razak pula menyifatkan keprihatinan kerajaan telah memberi kepada pertumbuhan industri animasi tempatan.

Menurut beliau, pengumuman kerajaan yang menaikkan siling setiap syarikat bagi inisiatif Geran Pembangunan Pasaran (MDG) oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dari RM200,000 kepada RM300,000 turut memberi manfaat kepada penggiat animasi tempatan.

Saksikan trailer terbaru Ejen Ali The Movie di pautan di bawah ini. Klik pautan untuk bacaan lanjut

Tonton Trailer Terbaharu ‘Ejen Ali The Movie’ Yang Penuh Dengan ‘Plot Twist’

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Ejen Ali The Movie’

Sumber