Final Fantasy XV sememangnya karya yang paling ditunggu-tunggu peminat franchise Final Fantasy. Mana tidaknya, hampir 10 tahun mereka menunggu game role-playing-game (RPG) ini untuk siap. Lebih menarik, Final Fantasy akan hadir dengan sistem permainan yang berbeza serta jalan cerita dan grafik yang menarik berbanding siri Final Fantasy sebelum ini.

Tahukah anda di sebalik permainan Final Fantasy XV ini, sebuah studio yang terletak di Malaysia terlibat dengan proses pembikinan game ini? Streamline Studios dipilih sendiri oleh Square Enix untuk proses pembangunan game ini. Awesome!

Final Fantasy XV
Final Fantasy XV

Sepanjang 15 tahun, studio ini turut berkhidmat untuk beberapa permainan hebat seperti Bioshock Infinite, Star Citizen, Gears of War, Avatar dan Street Fighter V. Hebat portfolio mereka ini. Kalau anda tidak pernah tahu, sekarang anda tahu.

Menurut CEO Streamline Studios, Alexander L. Fernandez, beliau sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Square Enix untuk salah satu franchise hebat milik mereka. Final Fantasy XV adalah bukti Streamline Studios mampu bersaing dengan syarikat-syarikat digital terkemuka dunia yang lain.

Dari Kiri : Hasnul Hadi Samsudin, Alexander L. Fernandez dan Wan Hazmer
Dari Kiri : Hasnul Hadi Samsudin, Alexander L. Fernandez dan Wan Hazmer

Final Fantasy XV adalah siri terbaru dari franchise Square Enix. Projek Final Fantasy XV ini telah bermula sejak 2006 lagi dan mengambil hampir 10 tahun untuk disiapkan. Disebabkan itu permainan ini sangat ditunggu-tunggu peminat Final Fantasy. Seorang anak Malaysia, Wan Hazmer adalah salah seorang lead game designer penting untuk Final Fantasy XV ini.

Permainan ini akan berada di pasaran 29 November 2016 ini. Apabila anda bermain game ini nanti, ingatlah Final Fantasy XV ini sebahagiannya adalah Buatan Malaysia. Memang power game ini dan kami memang teruja dengan permainan video terbaru Final Fantasy XV ini. Cuba anda tengok trailer dan gameplay game ini di bawah. Memang menakjubkan. Malaysia Boleh!