Kami yakin peminat-peminat animasi di Malaysia pastinya sudah mengenali sebuah studio popular di Jepun iaitu Studio Ghibli yang terkenal dengan animasi mereka berjudul Howl’s Moving Castle dan Sprited Away.

Setelah beberapa tahun menyepi, kini ada berita baik untuk peminat mereka. Terbaru, studio tersebut dilaporkan akan menghasilkan dua filem tahun ini, termasuk satu daripadanya diarahkan oleh sutradara Hayao Miyazaki sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Animation Magazine

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web mereka, sempenda perutusan tahun baru 2020.

Berdasarkan kenyataan itu juga, Miyazaki akan meneruskan kerja-kerja untuk menyiapkan filem How Do You Live? yang diinspirasikan dari novel Genzaburo Yoshino. Projek tersebut pertama kali diumumkan pada 2017 lalu.

Sumber: Nippon.com

Filem How Do You Live? dijangka akan keluar menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo nanti. Namun begitu, tarikh rasmi untuk filem tersebut masih belum disahkan lagi. Ini adalah filem terbaru yang akan dikeluarkan Miyazaki setelah filem terakhirnya bertajuk The Wind Rises diterbitkan pada 2013 lalu.

Manakala, maklumat berhubung projek kedua tersebut masih belum diketahui lagi.

Terdahulu, Casio pernah menampilkan koleksi jam tangan edisi ‘Studio Ghibli’ yang menjadi rebutan ramai orang. Klik pautan di bawah untuk bacaa lanjut.

Casio BABY-G Tampil Dengan Koleksi Jam Tangan Edisi ‘Studio Ghibli’

10 Lokasi Mesti Dilawati Bagi Peminat Anime Di Jepun