Jika filem “50 First Dates” lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore menonjolkan kisah seorang suami perlu berulangkali membuatkan isteri jatuh cinta kepadanya membuatkan kita rasa terharu, bayangkan “50 First Dates” berlaku di alam realiti. Sadis kan?

Inilah yang telah berlaku kepada sebuah keluarga di Massachusetts, Amerika apabila ketua keluarga, Mike dilanggar oleh sebuah lori 18 tayar ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Kemalangan itu menyebabkan Mick tidak mempunyai simpanan memori pendek akibat kecederaan parah di kepala. Apa yang dia ingat hanyalah apa yang telah berlaku sebelum kemalangan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak berapa lama kemudian, Aimee Rackham, isteri Mick disahkan mengandung selepas beberapa kali pasangan ini berusaha mendapatkan anak. Oleh kerana anak Mike dilahirkan selepas kemalangan tragis itu, setiap hari Mick diperkenalkan kepada anaknya Lilah yang kini telah berusia 4 tahun.

Mick pula menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila konsisten berinteraksi dengan anaknya menyebabkan memori Mick perlahan-lahan kembali berfungsi.

Aimee memberitahu kepada Daily Mail:

“Ia pasti sukar, [seperti] segala yang kita lakukan bersama-sama yang telah lalu perlu dilakukan pada keesokan harinya.”…”Dia [Mick] tahu Lilah adalah anak kami tetapi tidak dapat memahami bagaimana seorang gadis kecil ini ada, kerana dia tidak mempunyai empat setengah tahun kenangan untuk menyokong memori tersebut.”

Pasangan ini memberi inspirasi kepada orang di luar dalam menjalani trauma dan kesan “50 First Dates” setiap hari. Semoga Mick kembali pulih dan dapat membentuk memori baru bersama Lilah dan Aimee.

Petikan filem “50 First Dates”:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber